Posts

Showing posts from December, 2008

Palestin terus digempur

Image
Semenjak 1948 masehi, Palestin dan rakyatnya terus digempur bertalu-talu oleh rejim kejam yang tidak kenal erti perikemanusiaan. Wanita dan kanak-kanak turut menjadi korban rejim. Terbaru, menjelang tahun baru hijrah 1430, rejim yang sama telah menggempur lagi atas alasan yang sama iaitu mempertahankan diri dari ancaman pengganas. Masyarakat dunia diajak mempercayai bahawa rakyat Palestin yang tiada makanan dan senjata adalah pengganas. Ada juga yang mempercayainya. Negara-negara saudara mara di sekeliling yang kaya-raya hanya melihat dengan sebelah mata. Bagaimanakah nasib saudara kita di Palestin?

Marilah kita sama-sama membantu mereka dengan semampu kita, dengan nyawa? harta? atau sekurang-kurangnya do'a? Marilah kita sama-sama berdo'a dalam solat kita atau dalam solat hajat kita supaya Allah membebaskan Palestin dan rakyatnya dari cengkaman rejim ganas Israel.

Amin.

Nota: Saya begitu terkejut apabila blog ini tiba-tiba dikunjungi secara bertalu-talu dari seluruh pelusuk dunia…

Selamat menyambut tahun baru 1430

Image
Sempena menjelangnya tahun baru 1430 petang ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada muslimin-muslimat khususnya pengunjung-pengunjung blog ini. Semoga tahun baru ini kita iringi dengan keazaman untuk menjadi insan yang lebih baik.

Berbasikal keliling Taman

Image
Saya teringat komen Abang Zali di dalam entri saya yang lepas bertajuk wau bulan di sini. Dan saya agak bersetuju dengan pandangan beliau.

Katanya:...ANTARA WAU DAN BASIKAL MANA YANG LEBIH RELEVAN. BERMAIN WAU MEMERLUKAN TEMPAT YANG LUAS TANPA DI PENUHI OLEH POKOK-POKOK ATAU BANGUNAN-BANGUNAN YANG RAPAT RAPAT.MANAKALA BERMAIN BASIKAL TIDAK PERLU ADA TEMPAT KHAS. DIMANA SAJA BOLEH KAYUH......

Setelah dipujuk banyak kali dari mula cuti hari tu, akhirnya saya akur dengan pujukan anak-anak untuk menemankan mereka berbasikal pagi dan petang bila saya ada di Segamat. Kesian juga dengan mereka, cuti panjang tapi tak berapa ada sangat aktiviti. Saya harap ini boleh menggembirakan hati mereka.

Akikah atau korban

Image
Adik Yam mari sini, ayah nak tunjuk gambar lembu adik Yam dekat Kampuchea: kata saya kepada anak perempuan saya yang berumur dua tahun setengah. Inilah gambar lembu adik yang ayah buat akikah dekat sana.

Adik Yam datang melihat gambar tersebut tetapi tidak memahami maksud saya. Dia masih belum memahami tentang akikah.

Ibubapa adalah disunatkan membuat ibadah akikah untuk setiap anaknya sekiranya berkemampuan - sebaik-baiknya dalam masa tujuh hari selepas kelahiran. Namun sekiranya kemampuan datang selepas itu maka tidak salah untuk membuat ibadah akikah sebelum anak-anak baligh. Akikah boleh dilakukan sepanjang tahun. Berbeza dengan ibadah korban yang hanya boleh dilakukan pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik sahaja.

Kini ibadah akikah dan korban lebih mudah dilakukan. Selain daripada dibuat di sini, ia boleh juga dilakukan di Kampuchea. Khabarnya penduduk di sana hanya makan nasi lauk daging setahun sekali. Mungkin mereka lebih memerlukan daging akikah dan korban dari kita di sini.

Un…

Kat sini pun ada

Image
Pagi ini sebelum ke pejabat, saya mengajak isteri dan anak-anak saya untuk makan roti canai di sebuah kedai makan yang biasa kami pergi. Tapi kedai tu belum buka lagi. Tanpa mahu membuang masa, kami mencari kedai makan lain. Sedang kami makan, saya nampak kelibat seorang makcik yang biasa saya lihat di kedai yang biasa saya makan. Lalu saya pun menegurnya: makcik ada kat sini? Ini kedai adik saya, jawabnya. Dalam hati saya: masyaAllah, banyaknya kedai keluarga dia di sini.

Sebenarnya kami mengenali makcik ini sejak kami berpindah ke Jementah. Yelah, kami ni selalu juga minum di kedai. Enam tahun dulu, keluarga ini hanya mempunyai satu kedai makan, dua tahun berikutnya, mereka mengambil alih sebuah kedai makan di Arked Mara, kemudian kedai runcit di sebelahnya kemudian membuka cybercafe di tengah-tengah antara kedai makan dan kedai runcit. Hari ini saya jumpa sebuah lagi kedai makan yang berkaitan dengan keluarga ini. Saya kagum bagaimana orang berketurunan India Muslim menjalankan per…

Selamat hari raya aidil adha

Image
Gambar jemaah haji berwukuf di 'Arafah Sempena dengan kedatangan 10 Zulhijjah ini, kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada seluruh muslimin dan muslimat terutama pengunjung blog ini. Kepada yang sedang menunaikan fardu haji, didoakan semoga mendapat haji yang mabrur. Kepada yang belum dapat pergi, semoga dapat menunaikannya di tahun-tahun hadapan.