Ketegasan terhadap prinsip

Cuba kita lihat raut wajah kedua-dua pemimpin dunia ini. Lihatlah wajah PM Erdogan yang serius berkata: tuan telah membunuh rakyat Palestin, sambil menuding jari ke arah Shimon Peres, presiden Israel. Di kanan, presiden Israel kelihatan terkejut, marah dan kecewa. Selama ini tidak terbayang oleh saya akan seorang pemimpin dunia Islam yang berani menuding jari sambil mengutuk pemimpin Yahudi secara berdepan. Peristiwa ini berlaku di Davos, dalam Forum Ekonomi Dunia.

Persoalannya, beranikah pemimpin-pemimpin dunia Islam yang lain melakukan perkara yang sama?

Comments

AnDeH said…
Salam,
mm persoalan yang ckp menarik unt dirungkai bersama. Dunia menjadi saksi kelantangan Pemimpin Turki tersebut tatkala pemimpin yang sebelum ini sgt lantang bersuara dari negara Iran tidak banyak membuat laungan kontroversi ketika ini..

-Jiran bilik saudara taufik bahar di Taming Sari Lama-

(Johari)

http://andehsilodeh.blogspot.com/
Salam Saudara Johari,

Saya mengenali saudara sejak saudara belajar diploma. Mungkin sebab ketokohan saudara.

Dalam surah al-Mulk ayat 2, Allah telah menjelaskan bahawa Allah menciptakan kehidupan dan kematian untuk menguji siapakah yang lebih baik amalannya.

Berbalik kepada persoalan Palestin,Allah bukan sahaja meguji penduduk Palestin tetapi sebaliknya Allah juga menguji prinsip yang dipegang oleh umat Islam yang lain.
AnDeH said…
Alhamdulillah,
takut tak cam sy ..
segan pulak nnt ..
sbb sy bkn pljr accnt.. :)


ermm btl2x..
Sejarah dari zaman umar ke zaman salahudin ke zaman skrg nie...
Banyak persoalan yang msh lg tersirat,
yang kita masih belum ketahui mengapa...
Yang ada sekadar andaian berdasarkan kisah yang pernah terjadi ..
Smg bumi yang pernah menjadi arah kiblat org2 sebelum kita ini,
tmpat dakian Burak membawa Nabi Teragung ke Sitratul Muntaha .. .
akan selamat, kembali kepada pemilik hak yang sebenarnye,
insya Allah..
Wallahu a'lam..

Jemputlah ke blog,
Salam dari Andeh...

http://andehsilodeh.blogspot.com/
(Johari Bin Mohamad)
Salam Anak Negeri Perpatih.. :)
rossees said…
salam

PM Erdogan beragama Islam kah?
sy rasa dia macam kristian je..
sy ada perasan dia kata macam ni..
"you not fulfill the 6th commandment (do not kill people).."

kristian dan yahudi percaya bible bahagian old testament. dan dalam old testament ada 10 commandment yang mesti diikuti... dan salah satu yang ke-6 ialah jangan bunuh orang...

err, kalau saya salah maaf ya pak cik..

hmm, nak tanya boleh? pak cik ni haluan kah... saya ni join haluansiswa kat penang... kat segamat haluan kat mana? sy kampung kat segamat sekarang tengah cuti panjang... kalau ada apa2 kat segamat, pak cik bagi tahu saya ya. terima kasih..


assalamualaikum...
Waalaikumussalam saudara Bazla,

Pertama sekali terima kasih masuk blog pakcik ni. Tayip Erdogan ni memang seorang muslim yang lahir di sebuah negara yang azan telah diharamkan semenjak 1920an. Merupakan seorang yang memperjuangkan perkara-perkara paling asas dalam Islam bersama-sama PM Islam terdahulu iaitu Prof Nekmettin Erbakan yang kemudian digulingkan oleh tentera Turki pada tahun 1990an. PM Erdogan bersama Presiden Abdullah Gul telah berjaya memansuhkan larangan bertudung bagi rakyat Turki. Banyak lagi jasa beliau terhadap Islam di Turki. Kalau ada kesempatan mungkin pakcik tulis lagi.

Saya fikir kenyataan Erdogan tentang 6th commandment tu adalah untuk mengecam yahudi yang tidak menghormati prinsip mereka sendiri. Perkara seperti ini pernah dibuat oleh Ulamak terdahulu seperti Ahmad Deedat yang menggunakan ayat-ayat dalam bible untuk berdakwah kepada orang kristian. WaLlahu a'lam.

Insya Allah saudara Bazla boleh hubungi pakcik melalui: mhalim@uitm.edu.my.
rossees said…
terima kasih kerana membetulkan kesilapan saya.. insyaAllah nanti saya tanya pak cik..

Meeting terakhir hari itu pak cik zubir (pensyarah USM) ada pesan suruh tengok website HALUAN kalau ada apa2 aktiviti kat tempat sendiri.. tapi saya pergi site HALUAN tak jumpa apa2 pula. maaf kalau ayat saya ni bercelaru.. Nama sebenar saya bukan bazla' dan saya bukan saudara. maaf ya pak cik...

terima kasih
salam
Salam Saudari BazLa,

Pakcik ingat Bazla tu nama sebenar seorang lelaki keturunan Pakistan ke. Rupanya nama samaran seorang perempuan. Apapun maafkan pakcik kerana tak dapat bezakan tulisan seorang lelaki ataupun perempuan.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?