Gotong royong, Gunung Ledang, Kari ayam

Gambar hiasan Gambar hiasan Semalam, 15.2.2009, kami sekeluarga terlibat dengan program gotong-royong yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kariah Taman Dedap, Jementah. Program ini di adakan dengan tujuan utama untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli kariah selain dari membersihkan kawasan sekitar taman. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Ia dihadiri oleh lebih kurang 60 orang ahli kariah termasuk kanak-kanak. Sumbangan tenaga oleh setiap orang walaupun sedikit telah berjaya menceriakan suasana taman kami walaupun mungkin hanya boleh bertahan selama seminggu. Sudah ada cadangan untuk mengadakan program ini secara berkala. Alhamdulillah program pertama ini berjaya. Selesai program gotong-royong, saya mengajak anak dan isteri untuk mandi di Gunung Ledang bagi meredakan kepanasan bergotong-royong. Kenapa Gunung Ledang? Ia terletak hanya 18 km sahaja dari rumah kami. Lebih kurang 20 minit memandu, kami sampai di kaki Gunung Ledang. Anak-anak begi...