Palestin lagi

Seorang kenalan menceritakan bagaimana rakannya, seorang aktivis NGO telah berjaya memasuki Gaza semasa serangan bertubi-tubi rejim zionis masih berlangsung. Beliau dapat menemui seorang pemimpin Hamas lalu menyatakan hasratnya untuk menjadi sebahagian dari pasukan tentera yang akan mempertahankan Gaza.

Mendengar hajat beliau, pemimpin Hamas tersebut berkata: saudara belum layak untuk menjadi sebahagian dari kami. Saudara kembalilah ke tempat asal saudara. Saudara binalah keimanan dan ukhwah di tempat saudara. Mungkin suatu masa saudara akan mengalami seperti apa yang kami alami. Apa yang kami perlukan dari saudara dan umat Islam ialah do'a dan bantuan kewangan.

Lalu saya teringat pada kisah Salahuddin al-Ayyubi. Sebagai seorang pemimpin tentera ketika itu, beliau tidak membenarkan tenteranya yang tidak bertahajjud pada malamnya untuk sama-sama mengangkat senjata pada keesokan paginya.

Kesimpulannya, kekuatan dari segi material belum cukup untuk kita mempertahankan sebuah tanahair. Sebaliknya kekuatan iman dan ukhwah (rasa persaudaraan) merupakan resepi utama kekuatan kita.

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?