Bank pemurah atau ..... along

Persoalannya, kenapakah bank ini terlalu pemurah kepada pelanggannya, ataukah ada udang di sebalik batu?
Apabila diteliti tawaran oleh bank ini, ada beberapa syarat tertentu yang terpaksa dipenuhi oleh rakan saya ini:
1. Secara automatik bank akan mengenakan caj sebanyak RM164 bila sahaja cek ini ditunaikan.
2. Tawaran pengecualian faedah hanya diberikan sekiranya pelanggan membayar ansuran RM5000 tersebut selama enam bulan.
3. Sekiranya lebih dari enam ansuran, bermula dari ansuran ketujuh pelanggan akan dikenakan faedah.
Fikir-fikirkanlah, adakah ini pemurah atau ... satu lagi along berlesen.
Comments
Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.
"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)
View Profile: Rantong™
Saya mengenali profail saudara. Nama saudara di dalam blog dan web. Jangan menjual agama (ayat al-Qur'an) dengan harga yang sedikit. Jangan fikir wang saudara yang berbilion itu mampu menyelamatkan saudara. Renunglah ayat-ayat surah al-humazah.