Masam manis perjalanan PhD - Cabaran luaran dan dalaman

Adakah yang masam dalam pengajian saya? Dalam masakan, perlu ada manis, masin, masam dan pelbagai rasa lagi untuk menjadikan makanan itu sedap. Contoh yang paling mudah ialah masakan tomyam. Ada masam, masin, manis dan pedas. Begitu juga dengan pengajian PhD. Begitu banyak yang manis. Masamnya hanya menjadi pelengkap kepada pengajian saya. Ini semua saya anggap sebagai cabaran.

Sebahagian besar daripada cabaran dalam pengajian PhD adalah bersifat dalaman. Ianya berkaitan dengan sikap kita terhadap pengajian yang sedang kita lalui. Tempoh tiga tahun boleh jadi begitu panjang bagi seseorang. Manakala bagi yang lain ia satu tempoh yang singkat. Jadi, jangan lupa tujuan kita iaitu menuntut ilmu PhD dan seboleh-bolehnya tamat dalam tempoh tiga tahun. Jangan buat kerja sampingan seperti mengajar part-time yang boleh mengganggu tumpuan kita dalam pengajian. Sekurang-kurangnya lakukan seperti kita kerja di pejabat 8.00 – 5.00. Tapi bercakap memang mudah. Sayapun selalu diingatkan oleh isteri saya supaya ke pejabat atau ke perpustakaan untuk buat kerja-kerja PhD.
Ada juga cabaran yang bersifat luaran yang kita memang tiada kuasa untuk mengawal iaitu reaksi dan persepsi orang lain terhadap kita. Beberapa peristiwa boleh diceritakan di sini. Seorang kakak saudara bertanya:

“Lim, susah ke buat PhD ni? Akak tengok macam senang je. Baca-baca kemudian tulis. Baca lagi dan tulis. Lepas tu boleh hantar. Akakpun buat project paper masa sambung belajar dulu”.

Perlukah saya menjawab? Saya hanya tersenyum sahaja. Hakikatnya PhD itu satu proses. Sudah submit pun barangkali kena tunggu tiga bulan sebelum VIVA untuk membolehkan examiner membaca tesis. Selepas VIVA pun memerlukan jangkamasa yang lebih-kurang sama juga untuk membuat correction seterusnya menyediakan hard-bound copy. Dari tarikh submit hingga ke tarikh konvokesyen boleh mengambil masa hingga setahun atau lebih.

Ada sekali, seorang pensyarah pelawat marah-marah kepada saya bila saya tunjukkan proposal saya kepadanya. Katanya saya tidak memahami maksud sebuah artikel yang saya gunakan sebagai rujukan. Ia menyebabkana saya menggugurkan artikel tersebut daripada proposal saya. Namun akhirnya saya masukkan semula ke dalam tesis setelah saya memahaminya.


Antara cabaran lain, saya dibenarkan mempertahankan proposal saya di fakulti pada awal semester ke dua. Tiga orang panel sedia menunggu saya masuk ke bilik pembentangan. Saya baru masuk ke bahagian objektif apabila saya disoal bertubi-tubi oleh salah seorang panel hingga sesi saya melebihi masa yang diperuntukkan. Bila selesai pembentangan, keputusan keluar dan hasilnya – teruskan untuk membentang di IPSis tanpa pindaan. Allahu Akbar. Di IPSis peristiwa yang hampir sama berlaku semula termasuk sesi yang melebihi masa yang ditetapkan. Keputusannya – lulus dengan pembetulan minor.


Progress presentation saya lalui sebanyak tiga kali iaitu di semester 3, 4 dan 5. Sesi begini memang mengecutkan perut sesiapa sahaja. Kenapa begini dan tidak begitu? Kenapa begitu dan tidak begini? So what? Itulah antara soalan-soalan yang lazim pembentangan begini. Dengan persediaan dan sedikit kesabaran, insyaAllah kita akan dapat mengharungi dengan baik.

Saya yakin bahawa iman itu sifatnya turun dan naik. Ia juga boleh lusuh sebagaimana lusuhnya pakaian. Apabila diri rasa agak jauh dari Allah, maka segeralah kita mendekatkan diri kepadaNya. Cuba untuk menghubungkan setiap perkara yang kita lakukan dengan Allah S.W.T. Pendek kata bila saja kita tersedar dari berfikir, mengelamun atau berkhayal segeralah mengingati Allah dengan menyebut namaNya dan sentiasa memohon do’a kepadaNya walaupun untuk mendapatkan perkara-perkara yang kecil. Banyak kali berlaku, saya memohon kepada Allah supaya dilapangkan perjalanan saya dan sampai on-time terutama bila ada appointment. Banyak kali juga saya memohon supaya Allah beri saya parking di Dewan Sri Budiman ataupun di Budisiswa yang berhampiran dengan fakulti. Allahu Akbar, kebanyakannya Allah tunaikan. Hubungan dengan Allah kena diteruskan walaupun kita telah menamatkan PhD.


Akhir sekali, adakah PhD itu segala-galanya?

Mungkin ada yang berfikir begitu. Bagi saya PhD hanyalah sebahagian dari kehidupan. Dia tidak boleh memiliki kita. Di situ ada hak-hak orang lain yang kita perlu tunaikan: isteri dan anak-anak; keluarga dan masyarakat sekeliling.


Comments

Anonymous said…
nak tanya pendapat Dr. Setuju ke kalau buat PhD, tapi tak jalankan data collection. Dalam erti kata yang lain, gunakan data orang lain(agensi swasta)untuk buat PhD kita? Dari sudut methodologinya nanti kita tak bolehlah nak cerita part data collection sbb bukan kita yang buat survey tu.
Anon, saya tak setuju buat PhD tanpa data collection. Kalaupun kita minta tolong orang lain collect data, kita yang menentukan method of data collection iaitu kita yang menentukan data collection dan bukan orang lain. WaLlahu a'lam.
Anonymous said…
Salam Dr.,bukan mcm tu maksud saya Dr. Maksud saya, guna existing data. Data penyelidikan yang telah dijalankan pada tahun lepas (contohnya) dijalankan oleh UNDP. Tapi kali ini kita gunakan data tu untuk PhD kita pulak. Tapi kena ubahlah sikit untuk menyesuaikan dengan kehendak objektif PhD kita. Ok ke kalau nak guna? Sebab saya diminta untuk buat PhD using the existing data oleh bakal supervisor saya dan diminta juga untuk gunakan analisis structural equation modelling (SEM) walaupun data tu mmg tak boleh nak guna SEM tu (jadi saya kena ubah sikit2). Mohon pandangan dan pencerahan dari Dr.
Anonymous said…
Salam Anon, Tuan/Puan boleh hubungi saya melalui emel di mhalim@johor.uitm.edu.my. Terima kasih.

Mohd Halim Kadri
Anonymous said…
terima kasih Dr. Insya'allah saya akan emailkan permasalahan saya ni. Syukur sangat2 terjumpa blog Dr ni.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?