6-8-2008. "Salam En. Zul, buku saya dah siap dicetak ke belum?" Sms saya pada En. Zulkifli, Koordinator Sains Kemasyarakatan UPENA. "Dah siap dan dah boleh ambil salinan penulis, " bunyi smsnya. Petang itu juga saya ke pejabat pentadbiran UPENA untuk mengambil buku salinan penulis. Saya belek depan dan belakang buku tersebut untuk melihat kualiti penerbitannya. Ternyata kerja-kerja penerbitan kakitangan UPENA kini semakin berkualiti. Alhamdulillah. Akhirnya penantian selama 2 tahun 7 bulan untuk melihat buku ini diterbitkan berakhir. Kenapa sampai 2 tahun 7 bulan? Inilah yang dikatakan ketentuan Allah S.W.T. InsyaAllah buku ini boleh dimanfaatkan terutamanya oleh pelajar-pelajar DIA semester 5 kerana isi kandungannya selaras dengan kandungan silibus Financial Accounting 5 [FAR 300].
Comments
Tahniah kepada En. Halim. Marilah kita beramai-ramai memperbanyakkan bilangan Dr. di Fakulti. Selamat belajar.
salam pekenalan...get to know your blog through Syah's blog. U pun nak pegi ECU sama ngan Syah ke?anyway congratulation...
Saya sebenarnya dah beberapa kali singgah blog Mulan. Untuk pengetahuan Mulan, saya tidak akan ke ECU bersama Syah sebaliknya akan memdaftar sebagai pelajar UiTM. Terima kasih kerana singgah di blog saya.
will include your link in my blog...
En Halim...alhamdulillah saya sihat..tak sangka Encik kenal saya lagi..saya belaja di UPSI sekarang dalam jurusan Ijazah pendidikan perakaunan..walau di UPSI, tetap ambil perakaunan..insyaAllah akhir tahun depan saya habis..
Mcm mana Encik tahu blog saya?..saya gemar masuk blog Prof Kamil..almost everyday..blog yang sangat bagus...saya tahu blognya setelah baca buku travelog haji..sangat bagus.
Encik nak sambung PHD ka?..di mana?..semoga Encik berjaya..insyaAllah..:)
Insya Allah saya kenal lagi. Blog tu saya jumpa dalam blog Prof Kamil. Insya Allah saya akan sambung pengajian di UiTM juga.
Saya doakan semoga Huda akan menjadi guru yang baik.
Encik kenal kan encik shahrul effendy, lecturer segamat dulu..dia jadi lecturer di UPSI sekarang..dan semester ni, dia ajar saya..tak sangka dapat jumpa dia kat sini..:)
Walaupun saya bukan ahli dalam bidang perakaunan, tapi seronok baca tulisan sarjana-sarjana perakaunan UiTM.
Saya juga dah jumpa blog saudara.