6-8-2008. "Salam En. Zul, buku saya dah siap dicetak ke belum?" Sms saya pada En. Zulkifli, Koordinator Sains Kemasyarakatan UPENA. "Dah siap dan dah boleh ambil salinan penulis, " bunyi smsnya. Petang itu juga saya ke pejabat pentadbiran UPENA untuk mengambil buku salinan penulis. Saya belek depan dan belakang buku tersebut untuk melihat kualiti penerbitannya. Ternyata kerja-kerja penerbitan kakitangan UPENA kini semakin berkualiti. Alhamdulillah. Akhirnya penantian selama 2 tahun 7 bulan untuk melihat buku ini diterbitkan berakhir. Kenapa sampai 2 tahun 7 bulan? Inilah yang dikatakan ketentuan Allah S.W.T. InsyaAllah buku ini boleh dimanfaatkan terutamanya oleh pelajar-pelajar DIA semester 5 kerana isi kandungannya selaras dengan kandungan silibus Financial Accounting 5 [FAR 300].
Comments
Tahniah kerana mendapat sholarship..(sama2 lah kita berjuang merealisasikan niat mulia kita. ada baca email saya tak? Camana....
kadang2 orang lain tak nampak niat kita yang baik ni...
Terima kasih masuk blog ni.
Fazli,
Untuk sesuatu amalan itu dikira sebagai ibadah, selain dari niat, amalan tersebut mestilah tidak melanggar hukum syarak. Barulah diterima.