6-8-2008. "Salam En. Zul, buku saya dah siap dicetak ke belum?" Sms saya pada En. Zulkifli, Koordinator Sains Kemasyarakatan UPENA. "Dah siap dan dah boleh ambil salinan penulis, " bunyi smsnya. Petang itu juga saya ke pejabat pentadbiran UPENA untuk mengambil buku salinan penulis. Saya belek depan dan belakang buku tersebut untuk melihat kualiti penerbitannya. Ternyata kerja-kerja penerbitan kakitangan UPENA kini semakin berkualiti. Alhamdulillah. Akhirnya penantian selama 2 tahun 7 bulan untuk melihat buku ini diterbitkan berakhir. Kenapa sampai 2 tahun 7 bulan? Inilah yang dikatakan ketentuan Allah S.W.T. InsyaAllah buku ini boleh dimanfaatkan terutamanya oleh pelajar-pelajar DIA semester 5 kerana isi kandungannya selaras dengan kandungan silibus Financial Accounting 5 [FAR 300].
Comments
Bila nak belanja???
Tahniah encik halim...semoga encik terus berjaya..saya pun nek ikut jejak encik halim..insyaAllah...
Ikutlah mana yang boleh. Semoga berjaya