Hari Terakhir

31 Mei 2008 adalah hari terakhir saya sebagai KPBACC. Walaubagaimanapun saya masih lagi menjalankan tugas-tugas KP kerana KP yang baru belum mendapat surat perlantikan. Tugas KP-KP ketika ini ialah menyediakan ATA untuk pensyarah-pensyarah di Fakulti masing-masing sebelum Jawatankuasa Penyediaan Jadual Waktu bersidang [buat jadual].
Keadaan di kampus agak sunyi walaupun ada sebahagian dari pelajar yang mengambil intersesi. Bagi pensyarah yang tidak terlibat mengajar intersesi kebanyakannya mengambil kesempatan untuk bercuti [kebetulan sekarang ni sekolah pun cuti]. Jadi bolehlah mereka bawa anak-anak berjalan atau menziarahi datuk-nenek di kampung.

Comments

Halim.YJ said…
Selamat Berhijrah melalui kehidupan yang baru sebagai pelajar PhD....
Dr Zaidi dan Halim YJ terima kasih atas doa kalian.
payat inc said…
hari terakhir juga hari permulaan
Fazli,
Benar. Setiap penghujung adalah permulaan kecuali hari akhirat. Penghujung kehidupan dunia adalah permulaan kehidupan akhirat. Hari akhirat tiada penghujungnya.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?