Tinggal 12 hari lagi...

Hijrah saya ke alam pelajar tinggal 12 hari lagi. Terkenang kembali ketika saya mula didaftarkan oleh ayah saya [kini almarhum] masuk darjah satu pada Januari 1977.
Kemudian saya mendaftar sendiri masuk tingkatan 1 pada Januari 1983.
Selepas itu mendaftar pula tingkatan 4 pada Januari 1986.
Pada bulan Julai 1988, ibu menghantar saya untuk mendaftar Diploma Perakaunan di ITM Segamat di Bandar Segamat Baru.
Setelah bekerja tiga tahun, mendaftar pula sebagai pelajar ADIA [kini BACC[Hons] di ITM Shah Alam pada bulan Julai 1994.
Pada bulan Jun 1996 mendaftar pula sebagai pelajar sarjana di Curtin University of Technology, Australia.
Itu semua saya lalui dalam zaman bujang saya.
Kini selepas hampir 12 tahun, insyaAllah saya akan mendaftar sekali lagi sebagai pelajar pada 21 Jun 2008.
Bezanya kali ini saya adalah seorang pelajar merangkap suami kepada seorang isteri merangkap ayah kepada tiga orang anak dan merangkap seorang anak kepada seorang ibu yang telah tua.
Saya rasa cabaran sebagai pelajar kali ini akan lebih hebat.

Comments

Syah said…
All the best abd good luck...

regards,
saya yang ber PTK...
Terima kasih Syah. Macam mana PTK? Tentu seronok.
payat inc said…
totally inspiring...really...
Anonymous said…
Semoga berjaya!
Terima kasih [Ustaz] Saufi.
ROS said…
Bukan ayah aje tau yang risau, umi pun risau juga. Jangan duk buat kerja dari rumah tau, gi kat library. Kat rumah umi ada untuk uruskan hal rumah. Ayah takyah sidaikan kain....

Kita doa dan minta pada Allah supaya dimudahkan ye, yah......
Ye la tu Umi. Terima kasih.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?