Akademi Al-Qur'an 3

Akademi Al-Qur'an 3 telah melabuhkan tirainya pada 19 Jun 2008 yang baru lalu. Saudara Fakhrul telah diisytiharkan sebagai Johannya. Saya berpandangan positif sekiranya program ini diteruskan dan dilaksanakan dengan adab-adab yang dipelihara, program ini mampu melahirkan bukan sahaja johan-johan tetapi juga masyarakat yang menghayati tuntutan Al-Qur'an.


Comments

Assalamualaikum..

Alhamdulillah En Halim.. AQ ini, sangat bermanfaat..,mendekatkan hati-hati masyarakat dengan Al-Quran...Masyarakat dapat melihat betapa indahnya ayat-ayat Al-Quran apabila dialunkan dengan tarannum..
InsyaAllah..mudah-mudahan AQ diteruskan dengan berlandaskan syariat Islam..insyaAllah..
Waalaikumussalam Huda.

Bagi pihak saya sekeluarga AQ memang ada kesan. Anak-anak saya telah mengenali Abdullah Fahmi, Anuar Hasin, Sharifah Khasif termasuklah Alimah yang dari Pontian tu. Mereka juga boleh mengikut beberapa ayat berserta tarannum yang dibacakan dalam cd AQ1 dan AQ2. Harap-harap ada kesan yang baik juga untuk masyarakat Islam keseluruhannya.
Syukur alhamdulillah..

Moga2 ia akan terus dapat dimanfaatkan..
En Halim..Kalau anak-anak berminat dengan ilmu tarannum, harus diteruskan..insyaAllah mereka akan terus dapat menghayati ayat-ayat Al-Quran dengan baik...insyaAllah...
InsyaAllah sekurang-kurangnya mereka dapat membaca dengan menggunakan riwayat yang kita dah biasa iaitu Hafs dari 'Asim dengan tarannum bayaati atau hijaz.
Yang penting kita ajak mereka untuk menghayati sedikit demi sedikit kehendak ayat-ayat tersebut.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?