Teksi

Semalam, saya ke Shah Alam untuk bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan sepengajian. Dalam perjalanan balik, saya terpaksa menaiki teksi untuk ke stesen komuter. Teksi pertama yang saya tahan enggan membawa saya ke sana kerana katanya sedang menunggu kawan. Datang pula teksi kedua. Sayapun naik dan memulakan perbualan dengannya. Saya pun bertanya: Encik bawa teksi sampai malam ke? Dia menjawab: Isteri saya tak bagi saya bawa teksi waktu malam sejak saya keluar dari penjara. Saya duduk penjara selama enam tahun: tambahnya. Tersentak hati saya dengan perkataan penjara. Dalam hati saya berdo'a supaya tak berlaku apa-apa kepada saya semasa dalam perjalanan bersamanya. Setelah hilang gementar, saya teruskan perbualan seperti dia tak pernah menyebut tentang penjara. Akhirnya saya sampai juga di stesen komuter. Sebelum keluar dari teksi saya berkata kepadanya: murah rezeki En. hari ini, saya belum turun pun dah ada penumpang menunggu. Betullah bang: katanya pula. Dalam hati: Alhamdulillah, nasib baik tak berlaku apa-apa tadi.

Comments

mohamad kholid said…
dia jujur, mengaku pernah masuk penjara...
Saudara Mohd Kholid,

Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya dan meninggalkan komen.
AbnormalSuam said…
Bagus tu pemandu teksi tu... dia jujur... walaupun dia bekas banduan, tetapi barangkali kesalahannya dulu kecik saja kut... macam curi setin minuman ringan di Seven-Eleven.

Aku selalu balik dari Kluang dan sampai ke KL pada tengah malam. Dan macam biasa, aku yang tak berkenderaan ini akan menggunakan teksi untuk balik ke Pandan Mewah.

Selalunya kalau naik teksi sama ada teksi yang dipandu oleh pemandu=pemandu yang menunggu di muka pintu bas ekspress mahupun teksi-teksi yang sedang menunggu mangsa, tambang dari Puduraya ke rumah aku, adalah dalam lingkungan RM25 sampai RM40.

Disebabkan aku ni orang miskin, jadi aku akan berjalan jauh sampai ke hospital cina tu dan tahan teksi di situ. Jadi, aku akan berjaya menyelamatkan duit aku berbelas-belas ringgit kerana biasanya tambang tengah malam ke rumah aku hanyalah lebih kurang RM14 ringgit.

Aku rasa, pemandu-pemandu teksi yang bukan bekas banduan tu, jauh lebih bahaya daripada pemandu teksi yang ngaku dia pernah masuk penjara....

Pendapat akulah... aku pun bekas banduan juga... BANDUAN CINTA... ahakahakahak... la ni dah bebas dah... seronok sungguh!
Salam Abnormalsuam,

La tak sangka, saudara pun bekas banduan juga hehe.. Berhati-hatilah kalau balik KL tengah-tengah malam tu.
Syah said…
Salam En Halim,

Semasa pengajian sarjana dulu, saya ada pengalaman perit dengan seorang pemandu teksi Shah Alam.

Sebabnya tambang teksi. Dahlah tak pakai meter... Sebelum tu dengan teksi lain saya boleh terima kadar tambang yang dikenakan (walaupun tak pakai meter). Tapi kali ini rasa jumlah yang dikenakan keterlaluan...

Saya bagi juga kadar yang biasa saya bayar. Dibuat apa... Dikoyakkan duit kertas saya tu di depan saya.

Apa saya buat.. Saya keluar dari teksi tu sambil menghempaskan pintu SEKUAT hati. Tercabut penghadang tingkap teksi tersebut.

Dah tu..apa pemandu tu buat? Keluar dari teksi, sambil berkejar nak tumbuk saya.

Saya berundur ke belakang sambil cuba mengelak. Tambah best lagi kejadian disaksikan oleh jiran-jiran di Sek 19. Mereka tengok aje...mcm tengok wayang. Memang aksi wayang pun..terjerit-jerit (saya pun sama)

Pemandu tu pula bila perasan dah ramai orang, tak jadi nak teruskan niat dia tu.

Masa tu hati muda..Cepat panas...

Sekarang, dah tua kut... Ya ke tua??
Salam Syah,

1. Wah kisah ni lagi hebat. Macam cerita drama pulak ye Syah. Baru kena buku dengan ruas ye. Yang seorang panas baran yang seorang lagi darah muda. Mungkin pengalaman pengguna-pengguna teksi ni patut dibukukan.

2. Syah, kenapa sekarang ni saya tak boleh masuk blog Syah lagi? Nak kena pakai password pulak ke?
Luna said…
salam Prof..saya baru menjejak Prof dari list visitor..

mcm2 kisah pemandu teksi kan..tp mereka juga manusia biasa yg bekerja demi sesuap nasi..

ada yg baik ada yg jahat, smoga kita dilindungkan dr kejadian2 yg x diingini..

:)
Syah said…
En Halim,

Memang disengajakan. Nak tahu sapa lah yang 'rindukan' saya ni. Hehehe
Salam Luna, terima kasih kerana mengunjungi blog saya dan meninggalkan pesanan. Saya bukanlah seorang Professor, saya hanyalah seorang pensyarah biasa.
Salam Syah, nak kenakan kawan-kawan ye...

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?