Proposal defense

Proposal defense adalah satu peristiwa yang boleh menyenakkan perut, 22.1.2009 - peringkat fakulti dan 11.2.2009 - peringkat IPSIS. Alhamdulillah, walaupun kedua-duanya telah berjaya dilalui dengan gred 1 dan 2, namun cabaran yang menunggu selepas ini tentulah lebih besar. Bak kata Penyelia 1: Apa yang ada dalam proposal ni belum tentu betul lagi, mungkin ada perubahan besar lagi yang perlu dibuat dalam baki tempoh yang masih ada.

Menyingkap kenangan semasa membentang di Fakulti, belum sempat habis membentangkan objektif kajian, soalan bertubi-tubi telah ditanyakan. Masa 30 minit yang diberi tidak mencukupi hingga terlajak menghampiri satu jam. Keadaan yang hampir sama berlaku semasa pembentangan kedua di IPSIS. Bezanya, soalan bertubi-tubi dikemukakan setelah selesai pembentangan. Saya terfikir, bagaimanakah agaknya keadaan semasa pembentangan akhir (VIVA) nanti. Semoga Allah mempermudahkan.

Comments

Anonymous said…
Salam,
Aduhai en halim,
gerunnya mendengar kisah u ni. Mei ni I kena bentang proposal difakulti, belum apa2 dah seram sejuk dibuatnya. Berat mata yang memandang, pasti berat lagi bahu yang memikul. Semoga Allah mempermudahkan urusan phd u. InsyaAllah.
Anonymous said…
Salam,
Aduhai en halim,
gerunnya mendengar kisah u ni. Mei ni I kena bentang proposal difakulti, belum apa2 dah seram sejuk dibuatnya. Berat mata yang memandang, pasti berat lagi bahu yang memikul. Semoga Allah mempermudahkan urusan phd u. InsyaAllah.
Salam Zana,

Janganla gerun pulak. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Yang penting kita kena tahu apa yang kita nak buat. InsyaAllah kena sertai dengan usaha dan do'a. Dengar cerita dari IPSIS dan kawan-kawan 'defense' kami kali ini memang agak 'tough'. Semoga berjaya Mei ni.
Syah said…
Salam En Halim.

Tahniah kerana telah melepasi peringkat pembentangan 'proposal'! Soalan bertubi-tubi kerana calon-calonnya hebat2 belaka..

Semoga Allah permudahkan pengajian kita semua. Amin!!
AnDeH said…
Salam,
kepada semua pembentang proposal,
good luck unt semua..
"Confident" jehh..
Insya Allah, dipermudahkan..
-Andeh-
Salam Syah...

Alhamdulillah, kini kena kerja dengan lebih kuat untuk fasa-fasa seterusnya.

Salam Johari,

Suatu masa nanti munkin Johari akan berpeluang untuk sampai ke situ... Tunggu...
AnDeH said…
Salam MauliduL Rasul 1430H..
Hayati perjuangan ikuti teladan sebarkan keperibadian Nabi Junjungan..
Smg kehidupan dalam ketenangan...

-Andeh-

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

Burung Tiong