Revenge Cube

Sejak beberapa minggu lepas, anak lelaki kami merengek-rengek mahukan permainan ini. Kawan sekolah satu bas dah ada katanya. Balik dari solat Jumaat dua minggu lepas dia membelek-belek permainan ini di Seven Eleven, Jementah. Saya diam saja. Saya tengok harganya RM11.90. Balik dari solat Jumaat minggu berikutnya, kami singgah di kedai alatulis untuk fotostet, dia belek-belek lagi alat permainan tu, harga tertulis RM9.90. Abang pandai ke nak main alat permainan ni? Tanya saya. Nanti abang belajarlah: katanya. Sampai di rumah, orang yang paling teruja ialah kakak, walaupun bukan dia yang minta. Agak-agaknya mereka ni dah berpakat. Hari pertama, kakak dan abang memerah otak untuk menyelesaikan permainan ini. Mereka gagal. Hari kedua, kakak telah berjaya menyelesaikan permainan ini. Hari ketiga barulah abang berjaya menyelesaikan permainan ini. Hari ini, dalam perjalanan ke sekolah, abang berkata: Ayah nak pilih warna apa, abang nak buat. Biru, kata saya. Selepas lebih kurang seminit. OK, ...