
Pendakwah umpama seorang tukang cat rumah, kata seorang sahabat saya dalam tazkirahnya. Kami terus mendengar dengan tekun. Beliau menyambung lagi: tukang cat ni ada tiga jenis. Pertama tukang cat yang mengecat rumah pelanggannya sambil merungut letih, panas, bau kuat dan sebagainya. Kedua, tukang cat yang mengecat bersungguh-sungguh kerana mengharapkan upah yang akan diterima nanti. Ketiga, tukang cat yang mengecat rumah dengan bersungguh-sungguh untuk menggembirakan tuan rumah tersebut. Apa kaitannya dengan pendakwah? tanyanya menduga kami. Beliau meneruskan lagi, pendakwah pun ada tiga jenis macam tukang cat juga. Pertama, pendakwah yang berdakwah secara terpaksa, nak tak nak dia kena berdakwah kerana jawatannya sebagai pendakwah. Kedua, pendakwah yang berdakwah bersungguh-sungguh menyampaikan dakwahnya kerana mengharapkan ganjaran pahala dan syurga dari Allah S.W.T. Ketiga, pendakwah yang bersungguh-sungguh menyampaikan dakwahnya supaya keindahan Islam yang disampaikan olehnya turut dirasai oleh orang yang menerima dakwahnya. Mendengar tazkirah ringkas ini, kami merenung ke dalam diri, di manakah kedudukan kami.
Comments
Encik Halim...
SELAMAT HARI GURU..
Terima kasih atas segala ilmu yang Encik Halim curahkan...Jasa Encik Halim akan tetap saya kenang sampai bila2..semoga Encik Halim diberikan kesihatan dan diberkati Allah selalu dan terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa...:)Semoga berjaya dalam pengajian..:)
Terima kasih atas ucapan dan do'a. Saya do'akan semoga Huda akan menjadi guru yang baik nanti...
teringat kisah cikgu aku yang mai sekolah subuh-subuh buta meredah hutan dan jalan tanah merah dengan vespanya. Tiga empat kali pompuan rambut panjang membonceng vespanya... teringat gak cikgu yang patah semangat bila rimau kaki untut duduk mencangkung di tengah jalan masa dah nak sampai ke kampung aku....