Revenge Cube

Sejak beberapa minggu lepas, anak lelaki kami merengek-rengek mahukan permainan ini. Kawan sekolah satu bas dah ada katanya. Balik dari solat Jumaat dua minggu lepas dia membelek-belek permainan ini di Seven Eleven, Jementah. Saya diam saja. Saya tengok harganya RM11.90. Balik dari solat Jumaat minggu berikutnya, kami singgah di kedai alatulis untuk fotostet, dia belek-belek lagi alat permainan tu, harga tertulis RM9.90. Abang pandai ke nak main alat permainan ni? Tanya saya. Nanti abang belajarlah: katanya. Sampai di rumah, orang yang paling teruja ialah kakak, walaupun bukan dia yang minta. Agak-agaknya mereka ni dah berpakat. Hari pertama, kakak dan abang memerah otak untuk menyelesaikan permainan ini. Mereka gagal. Hari kedua, kakak telah berjaya menyelesaikan permainan ini. Hari ketiga barulah abang berjaya menyelesaikan permainan ini. Hari ini, dalam perjalanan ke sekolah, abang berkata: Ayah nak pilih warna apa, abang nak buat. Biru, kata saya. Selepas lebih kurang seminit. OK, biru dah siap: abang bersuara. (Nota: sebenarnya kakak lebih cepat siap dari abang). Anak-anak ni sebenarnya lebih cepat belajar sesuatu dari orang tuanya. Sampai sekarang saya belum berjaya menyelesaikan permainan ini walaupun sekali.

Comments

AbnormalSuam said…
aku main benda ni dulu... dan aku tak pernah jujur... aku akan cabut semua sekali dan pasang balik ikut warnanya... maka, jadilah keenam-enam permukaannya mempunyai warna yang sama....

Terer tak aku?
Salam AbnormalSuam...memang terer. Setahu saya kilang mainan je yang boleh buat macam tu hehe.
Khairul said…
Salam En. Halim
Permainan itu amat bagus untuk anak-anak. Ia mendidik sambil bermain. InsyaAllah nanti saya nak melawat En, Halim di Segamat, boleh tak?
Salam Khairul.

Dipersilakan. Saya pun ada benda nak tanya dengan Khairul ni. Bila nak balik Malaysia?

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?