Qawaid Fiqhiah (Kaedah-kaedah Fikah)


Mafhum hadith: Jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada seseorang maka dia akan diberi kefahaman dalam urusan agamanya.

Pada hari Sabtu, 20.6.2009 yang lepas, kami sekeluarga telah mengikuti satu bengkel bertajuk "Qawaid al-fiqhiyah" atau kaedah-kaedah feqah. Bengkel sehari ini sedikit sebanyak telah membawa kepada kefahaman awal tentang tajuk yang penting ini.

Apakah sebenarnya Qawaid Fiqhiyah itu?

Ia adalah asas hukum umum yang boleh dipraktikkan ke atas masalah atau perkara-perkara cabang (juziyyah).

Terdapat lima asas kaedah fiqah menurut aliran mazhab Syafie.

1. Al-umuru bi maqasidiha - Segala perkara itu bergantung kepada tujuan (niat). Maksudnya, setiap amalan dan tindakan seseorang sama ada perkataan atau perbuatan, hukum syaraknya adalah berbeza disebabkan berbeza tujuan (niat). Tujuan kaedah ini ialah untuk membezakan sama ada suatu amalan itu ibadat atau adat. Contohnya seseorang yang berhenti atau beriktikaf di dalam mesjid. Berhenti dalam masjid adalah adat manakala beriktikaf dalam mesjid itu adalah ibadah. Ia juga boleh digunakan untuk membezakan tingkatan ibadat sama ada wajib atau sunat.

2. Al-yaqin la yazalu bi al-syakki - Keyakinan tidak boleh disingkirkan dengan syak. Ertinya, sesuatu yang telah diyakini tidak akan hilang dengan kedatangan syak keatasnya tetapi boleh disingkirkan oleh keyakinan juga. Contohnya ialah seseorang yang meyakini masih ada wudhu dan syak telah batal, maka dia dianggap masih berwudhu kecuali dia yakin telah batal. Seorang yang ragu-ragu dengan bilangan rakaat dalam solatnya hendaklah menunaikan bilangan yang diyakini.

3. Al-musyaqqotu tajlibu al-taisir - Kesukaran menjadi sebab kepada keringanan. Maksudnya, sesuatu kesukaran yang melampaui had dari kebiasaannya akan melayakkan untuk mendapat keringanan. Contohnya, orang yang bermusafir dibenarkan berbuka puasa dan mengqasarkan solat. Orang yang sakit pula boleh bersolat mengikut kemampuannya (berdiri, duduk atau berbaring).

4. Al-dhuroru yuzalu - Kemudharatan hendak lah disingkirkan. Ertinya, sesuatu yang membahayakan atau mengganggu hendaklah dielakkan. Contohnya, harus berlafaz dengan kalimah kufur dengan hati yang tetap beriman untuk menjaga nyawa. Harus memakan bangkai ketika dharurat.

5. Al-'adatu muhakkamatun - Adat dijadikan sebagai rujukan hukum. Maknanya, adat menjadi tempat rujuk bagi mensabitkan hukum syarak jika tiada nas. Contohnya jualbeli tanpa melafazkan akad yang biasa berlaku dalam masysrakat kita. Contoh lain ialah memakai pakaian yang biasa dipakai dalam masyarakat seperti baju Melayu atau baju kurung. Namun begitu, kaedah kelima ini perlu melepasi syarat-syarat yang ketat: Pertama, adat itu tidak berlawanan dengan nas syarak; kedua, adat tersebut diamalkan oleh masyarakat secara menyeluruh; ketiga, hukum asal adat tersebut tidak berubah mengikut peredaran masa; dan keempat, tiada bantahan dalam masyarakat tentang adat yang dilaksanakan.

Comments

HishamMB said…
Salam.

Sangat informative. Terima kasih.
AnDeH said…
salam,
VOTE !!!
for Prof Kamil unt
“SIAPA PENULIS PILIHAN ANDA??”

..akhbar sisipan Berita Harian Jumaat 3 Julai 2009

"Travelog Haji: mengubah sempadan iman"

P/S:

Borang asal penyertaan yang akan diterbitkan lagi pada 10 Julai ini dan alamatkan penyertaan kepada:

Anugerah Pilihan Pembaca Popular - Berita Harian 2009, Marketing Department, Popular Book Co (M) Sdn Bhd, No: 8, Jalan 7/118B, Desa Tun Razak, 5600, Kuala Lumpur.

(Andeh)
Abu Ridhuan said…
SAlam ziarah..

Apa khabar akhi.. gembira sangat kerana bertemu dgn blog anta.. masih ingat lagi sahabat lama ini..

Mohd Razali Maarof - rumah bujang taman TTDI Jaya...

Jemput ziarah ke blog ana:
usrahkeluarga.blospot.com
tarbiyahpewaris.blogspot.com

Semoga Allah izinkan kita bersua kembali..

Wasalam..
Salam Akhi Razali..

Alhamdulillah khabar baik. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Ana dah ziarah dua-dua blog anta. SubhanaLlah, sungguh informatif dan memberi kesan.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?