Memperbaharui iman di tahun baru

Pelik saja tajuk entri kali ini. Manusia kan memang pelik. Apa yang peliknya? Beberapa perkara yang biasa kita lakukan:

  1. Bila kita beli pakaian, kita akan pakai dan cuci berulangkali hinggalah ia lusuh. Kemudian kita akan beli yang baru untuk menggantikan yang lusuh. Dan kitaran itu berulang.

  2. Bila kita beli kenderaan, kita akan guna, kalau rosak kita repair. Kalau dah buruk tukar dengan yang baru. Begitu juga dengan roadtaxnya, kita akan cepat-cepat perbaharui apabila ia tamat tempoh.

  3. Lain-lain.
Namun ada perkara penting yang sepatutnya menjadi kebiasaan tetapi kita tidak biasa melakukannya iaitu mempernbaharui iman apabila iman lusuh. Boleh kah iman jadi lusuh? Ya, iman memang boleh lusuh. Perhatikan makna hadith nabi di bawah:
Maksudnya: Sesungguhnya iman seseorang itu boleh lusuh sebagaimana lusuhnya pakaian, maka mintalah kepada Allah supaya Dia memperbaharui iman di dalam hati kamu.
Inilah yang kita selalu lupa nak perbaharui.
Sempena tahun baru ini marilah kita mohon kepada Allah SWT supaya Dia memperbaharui iman kita.

Comments

Adliff said…
Salam,

Ustaz,

Benar sekali pesanan ini. Teringat kata-kata hikmah, hidup umpama roda. Rasanya begitulah juga situasi keimanan dalam diri seseorang. Memperbaharui iman seumpama menambah baja kepada pohon dihalaman rumah agar segar, hidup dan berbuah.

Terima kasih atas nasihat ini :)
Mohd Halim said…
Salam Aliff,

Terima kasih sudi berkongsi. Memang iman kita sentiasa turun dan naik. Minta dijauhkan oleh Allah dari kita muslim di waktu pagi dan kufur di waktu petang dan sebaliknya sebagaiman maksud hadis nabi yang lain.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?