FB

Saya membuka akaun facebook dengan tujuan berkongsi pendapat dan juga untuk mengetahui perkembangan terbaru bekas pelajar dan rakan-rakan lama. Ada yang tanya: Nak spy ke?
Melalui fb saya telah bertemu semula dengan kawan-kawan sekolah menengah yang telah berpisah lebih 23 tahun yang lalu dan juga bekas pelajar yang kini saya anggap sebagai rakan-rakan saya.
Dari fb saya mengetahui berita gembira dan sedih tentang mereka. Berita gembira tentang anak murid mendapat kerja atau melangsungkan perkahwinan. Berita sedih tentang kematian rakan-rakan dan anak murid. Berita rakan-rakan yang sedang melanjutkan pengajian.
Perkara umum boleh dilihat dari wall dan photos mereka, manakala perkara khusus untuk pernincangan secara peribadi boleh dibuat di ruangan message.
Di fb inilah mereka menzahirkan rasa dan pendapat mereka tentang isu agama, isu semasa, isu politik, isu sosial dan kadangkala peribadi.
Semoga fb dimanfaatkan untuk mengajak kepada kebaikan.

Comments

Adliff said…
Salam,
Ustaz Halim,

Maaf lama tidak berkunjung, dalam proses penyesuaian diri dengan kerjaya baru. Dulu semasa bekerja swasta, FB memang berguna untuk memudah cara kerja dan perhubungan sosial.

Namun kini sejak bergelar staf gomen, saya kurang berfb lantaran tidak dibenarkan.

Pada pendapat saya segalanya tergantung atas niat dan diri kita sendiri :)
Mohd Halim said…
Salam Aliff,
Terima kasih kerana berkunjung. Sayapun hanya berfb sedikit-sedikit semasa di rumah. Memang betul semuanya bergantung kepada niat.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?