Anak harimau

Ini hanyalah sekadar gurau senda di pagi Isnin.

Kisah 1: Saya ke kedai seorang pomen untuk menukar tayar kereta. Sedang dia membuat kerjanya, isterinya menalipon: Bang, beli ayam dua ekor - kedengaran suara isterinya di hujung talian. Selesai menukar tayar kereta, pomen tersebut berkata: Dah siap pasang, aku nak balik kejap nak bagi makan anak-anak rimau. Ada bela harimau ke? saya bertanya. Anak-anak aku tu macam rimau, tiap-tiap hari nak makan ayam, balasnya. Saya tersenyum mendengar hujahnya.

Kisah 2: Kisah kedua pun ada kaitan dengan pomen juga. Beberapa tahun lepas saya mengunjungi kedai 'welding' dan cat seorang pomen. hasrat saya untuk mengecat kereta lama keluaran tahun 1980 yang dah kusam warnanya. Sedang saya dan pomen tadi berbincang-bincang tentang cat dan harganya, anak beliau pun datang. Abah! mak suruh minta duit nak beli ikan, pinta anaknya. Pomen tadi pu segera mengeluarkan RM5.00 dan diberikan kepada anaknya sambil berpesan: beli ikan yang boleh dapat banyak ye? Ikan apa yang boleh dapat banyak dengan RM5.00 ni Bah? tanya anaknya. Belilah ikan bilis, kan dapat banyak, balas pomen tadi dan meneruskan kerjanya. Kisah ini pun menyebabkan saya tersenyum juga.

Kedua-dua kisah ini hampir saya lupakan. Namun bila anak-anak semakin membesar saya teringat balik kedua-dua kisah ini. Memang benar, anak-anak lebih gemar makan ayam dari yang lain-lain. Saya jadi 'respect' pada pomen yang kedua bagaimana dia boleh menyederhanakan kehendak anak-anak.

Saya selalu menceritakan kepada anak-anak, apa yang kami jadikan sarapan masa kecil-kecil dulu - ubi rebus, pisang goreng, kuih-muih buatan sendiri. Makan tengahari pula lauk ikan kering atau sambal tumis sahaja. Namun semua kisah itu mungkin hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Kenapa? Kerana mereka tak dapat merasainya atau melihat sendiri longgokan ubi atau setandan pisang di dapur atau belakang rumah.

Anak-anak tidak akan menjadi harimau atau kucing walaupun mereka banyak makan ayam atau ikan bilis. Yang penting ibubapa kena mendidik anak-anak supaya bersyukur dengan pemberian Allah SWT dan cuba menjadi manusia yang bersederhana.

Comments

Adliff said…
Salam,

Ustad Halim,

Senyum saya baca kisah ni. Tak sabar tunggu sambungannya.
Syah said…
Salam En Halim,

Saya miss makan ubi rebus!!!!!
Unknown said…
Salam..mira teringat zaman dulu2 dgn makabah..☺☺
Ni blog baru eh cik alim??
Anonymous said…
Memang kena selalu ingat saat2 dengan mak abah, Mira. Ini blog lama cik

Cik Alim

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?