Sindiran kucing gemuk

Tiap-tiap pagi, bila buka pintu saja, tiga ekor kucing sudah mengiau menunggu di depan pintu. Bukan kucing peliharaan, tetapi kucing yang selalu datang meminta makanan. Selalunya saya akan gaulkan nasi dengan ikan bilis dan beri pada mereka dan masuk semula untuk bersiap-siap menghantar anak-anak ke sekolah.

Bila saya buka semula pintu, mereka datang lagi untuk meminta makan sedangkan mulut mereka belum habis mengunyah lagi. Saya berkata pada isteri: kenapa ya Mi, kucing-kucing ni dah diberi makan pun masih nak minta lagi? Isteri saya kata: agaknya kucing-kucing ini menyindir kita Yah. Kita dah dapat macam-macam nikmat dari Allah tapi masih tak puas-puas lagi, minta sana, minta sini sedangkan Allah dah bagi kecukupan. Hmm. mungkin ada kebenaran kata-kata isteri saya. Lalu saya teringat akan lirik sebuah nasyid yang dinyanyikan oleh Nazrey:

  • Dunia ibarat air laut, diminum hanya menambah haus,
  • Nafsu bagaikan fatamorgana, di padang pasir,
  • Panas yang membahang, disangka air,
  • Dunia dan nafsu, bagai bayang-bayang,
  • Dilihat ada, ditangkap hilang...

Comments

Adliff said…
Salam,

Ustad Halim,

Dunia ini adalah guru bagi yang mahu mengambil iktibar. :)
Syah said…
Salam En Halim,

Nafsu saya lain. 2 roda!! Macam mana tu??
Nieza said…
salam...
kadang2 apa yang kita nampak dan kita rasa mungkin datang dari Allah.. sebagai tanda ingatan..

apapun..suka lagu dari nazrey raihan.. :)
Salam Aliff, Syah dan Nieza, sesungguhnya Allah itu sangat mengasihi hamba-hambanya. Dia akan sentiasa memberikan tazkirah (peringatan) kepada kita. Siapa-siapa yang tidak merasai tazkirah Allah di sekelilingnya kenalah menyemak semula hubungannya dengan Allah SWT.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?