Bersyukur

  • Pagi ini hujan renyai-renyai. Saya menghantar terus anak-anak ke sekolah (tanpa menaiki bas). Dalam perjalanan, saya membuka radio IKIM.FM. Kebetulan Ustaz Hasrizal sedang menyampaikan motivasi paginya. Ia berkisar tentang bersyukur atau dalam perkataan lain menerima apa yang Allah beri kepada kita (selepas berusaha dan berdo'a) sebagai yang terbaik.
  • Beliau menceritakan bagaimana dua orang yang masing-masing telah diberikan nikmat oleh Allah SWT tetapi melihat nikmat yang diberi kepada orang lain sebagai lebih baik.
  • Seorang petani yang berada di sawahnya terlihat seorang kaya berkereta besar melintasi sawahnya. Kelihatan di sisinya seorang isteri yang yang cantik dan berpakaian cantik. Di tempat duduk belakang pula seorang anak yang kacak. Petani tadi mula memikirkan, seronoknya kalau orang kaya itu adalah aku, kereta besar, isterinya cantik bukan comot macam isteri aku, anak kacak - tentu hidup aku gembira.
  • Orang kaya yang melintas pula melihat petani tadi mempunyai sawah yang menghijau - damainya kalau aku di sini. Kelihatan pula 5 orang anak petani - tentu meriah rumahku kalau ada anak seramai ini, isteri aku tak nak bersalin lagi takut hilang kecantikannya. Di tangan petani tu ada 5 ekor ikan keli - tentu sedap makan ikan keli bakar cicah asam di tepi sawah. Tentu isterinya pandai masak - aku ni tiap-tiap hari makan di kedai, isteri tak nak masak takut kuku rosak.
  • Kedua-duanya kisah ini agak melucukan apabila diceritakan. Namun ini adalah apa yang dirasai oleh kebanyakan manusia - apa yang ada pada orang lain lebih baik. Hakikatnya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
  • Saya teringat pesanan seorang Profesor kepada saya lebih kurang dua tahun lepas: Lim, tak apa gaji tak besar, kereta tak baru, yang penting berkat.
  • Akhirnya, marilah kita mensyukuri segala nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Kita berusaha, Allah yang menentukannya. Segalanya ada dalam ilmu Allah.

Comments

Syah said…
Syukur Alhamdulillah kami sekeluarga semuanya masih sihat walafiat sehingga ke hari ini.
Sudah tentu Syah bersyukur walaupun belum dapat moto..
Anonymous said…
saya suka dengan BLOG ni :)

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?