Beberapa tanda keimanan
Sebagai sambungan kepada perbincangan yang lalu, saya mengajak pelajar-pelajar untuk menghayati beberapa tanda keimanan. Tujuannya untuk sama-sama muhasabah diri. Iman itu ada banyak tandanya. Di antaranya dipetik dari satu ayat Allah SWT yang bermaksud: sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebut nama Allah gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepada mereka, bertambahlah iman mereka. Allah menunjukkan dua tanda penting, pertama gementar hati. Lalu dalam konteks kita pada hari ini, kita bukan sahaja mendengar orang menyebut Allah tetapi kita juga sama menyebutnya terutama dalam solat kita. Adakah kita merasai getaran apabila kita melafazkan takbiratul ihram. Begitu juga apabila kita mendengar orang membaca al-Qur'an atau kita sendiri membacanya. Adakah kita merasa bahawa keimanan kita meningkat. Hakikatnya sukar untuk kita merasa gementar bila mendengar nama Allah disebut, juga sukar untuk meningkat iman bila mendengar ayat-ayat...