KuLim 1 - Syahadah

Untuk semester September yang baru bermula, saya diamanahkan untuk mengajar PSA420 dan FAR450. Hari pertama masuk kelas, saya lihat semua pelajar kelihatan bersemangat untuk menuntut ilmu. Saya membiasakan diri untuk berkenal-kenalan dengan semua pelajar pada hari pertama pengajaran. Dalam kelas PSA, seorang pelajar dengan penuh semangat menyatakan harapannya untuk memahami subjek ini sepenuhnya..... Semoga semangat ini berterusan.


Saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan kuliah lima minit (KuLim) di awal kelas. Saya mengajukan persoalan syahadah kepada mereka. Betapa syahadah ini merupakan pintu untuk masuk ke dalam Islam. Ia merupakan satu penyaksian atau janji yang mengikat seseorang untuk hidup secara Islam dengan mengikut apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Dan syahadah boleh gugur apabila berlaku perlanggaran-perlanggaran terhadap perkara-perkara tertentu contohnya tidak yakin tentang hukum-hakam Allah SWT.


Semoga ia membuka lembaran baru kepada kehidupan saya dan pelajar-pelajar saya.

Comments

Adliff said…
Untung anak-anak murid yang dapat guru sambil selam minum air ini. Ilmu agama walaupun sudah diperingkat IPT dimana semua pelajar sudah matang, masih harus diberi ingatan sentiasa...
Tuan Aliff, saya nayatakan pada mereka saya takut kalau-kalau mereka tuntut kepada saya di depan Allah masa kat akhirat nanti kalau saya tak nasihat mereka.
Unknown said…
Saya amat beruntung dipertemukan dengan Dr Halim.Namun sayangnya atas kelemahan saya sendiri tempoh pertemuan itu tidak saya manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Maafkan saya.Semoga Allah merahmati Dr & keluarga.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?