Mengajar semula

Tengahari tadi mesyuarat fakulti diadakan. Diantara isinya ialah berkaitan dengan tugasan mengajar semester hadapan yang akan bermula minggu depan. Dua subjek ijazah dan dua subjek diploma sedang menunggu. Bila dicampur kedua-duanya = 28 jam. Dari September hingga November 2011 sebanyak 8 jam. Dari November 2011 hingga Januari 2012 sebanyak 28 jam. Dari Januari hingga Mac 2012 sebanyak 20 jam.


Namun bukan saya seorang sahaja yang mempunyai jadual begitu. Hampir semua ahli fakulti mencatatkan 24 hingga 28 jam waktu mengajar. Semoga Allah memberi kekuatan.

Comments

hisham said…
Tahniah. Pendapat saya, biarlah kita lebih. Itu menunjukkan yang kita sebagai aset yang penting pada sesebuah organisasi itu. Selamat hari raya, maaf, zahir dan batin.
Adliff said…
Salam,

Ustaz,

Tidak mengapa, ikhlas kita lakukan berganda pahala. :) Mengajar memang saya akui sukar.....
Salam Hisham. Maaf zahir batin kembali.

Salam Tuan Aliff, sudah tentu kena ikhlas barulah amal diterima.
SitiHawaShuid said…
Salam En. Banyak nya jam kredit tu (Takut pula sy time mengajar nanti)Semoga tugas en dipermudahkan Allah.
Lupa saya nak ucap Selamat Hari Raya buat en sekeluarga. Semoga dilindungi Allah. Doakan sy berjaya mengharungi perjalanan Master ini
Salam Siti Hawa. Inilah pertama kali dapat sebanyak itu. Moga Allah beri kekuatan. Selamat hari raya kembali. Semoga perjalanan master dan acca dipermudahkan.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?