KuLim 2 - Hampir

Kita biasa menyayangi orang yang hampir dengan kita. Semakin hampir dia dengan kita, semakin kasihlah kita kepadanya dan semakin selalu kita sebut-sebut namanya dan semakin mudah untuk kita tunaikan permintaannya. Contoh terdekat ialah betapa hampirnya anak-anak di hati ibubapa.


Begitu juga dengan Allah, Tuhan kita. Dia begitu hampir. "Apabila hambaKu bertanya tentang Aku, katakan sesunggunya Aku sangat hampir". Semuanya terpulang kepada seseorang hamba untuk menhgampirkan diri dengan Allah atau menjauhiNya.


Dalam kehidupan harian, orang yang cukup solatnya, menghampirkan dirinya dengan Allah sebanyak lima kali sehari. Bagaimana pula dengan selang waktu di antara solat dengan solat yang berikutnya? Adakah kita mengingati Allah?


Seorang hamba begitu berhajat kepada pertolongan Tuhannya. Dan Allah sentiasa melihat dan mendengar serta sudi menolong. Di mana dan bila sahaja kita tersedar dari ingatan terhadap yang lain, kembalilah mengingati Allah. Berbicaralah dengan Allah, mintalah dengan Allah, tempat yang sempit akan lapang, masa yang sedikit akan cukup dan hati yang gundah akan tenang.

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?