Forum Kepimpinan Berteras Qalb Dalam Pengajian Tinggi, PICC, 17 - 18 Feb 2014

Satu forum dengan tema pengajian tinggi berteraskan qalb merupakan satu usaha untuk mengetengahkan semula fungsi pengajian tinggi yang mempunyai qalb.

Di dalam agama, qalb merupakan elemen terpenting. Nabi pernah bersabda yang bermaksud: ketahuilah bahawa dalam tubuh manusia ada seketul daging. Bila baik daging itu maka baik keseluruhan tubuhnya. Bila buruk daging itu maka buruklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah, ia adalah qalb.

Hadis ini menjadi dasar kepentingan hati dalam segala urusan kehidupan sama ada urusan peribadi, urusan keluarga, masyarakat, negara mahupun organisasi.

IPT sebagai sebagai organisasi yang diberi amanah untuk menghasilkan sarjana perlu ditadbir dan diurus oleh orang-orang yang memiliki hati.

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?