Monday, May 11, 2015

Masam manis perjalanan PhD (24) - Berapa kerap perlu jumpa penyelia

Ramai pelajar PhD yang merungut kerana tidak dapat berjumpa dengan penyelia secara kerap. Ada yang mengharap untuk berjumpa penyelia setiap minggu, 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Ada juga yang sanggup bertanya sibuk sangatkah penyelia sehingga tidak dapat ditemui dengan kerap. Ada juga yang bertanya apa gunanya ada penyelia kalau sukar ditemui untuk membantu.

Baiklah, kita kena ingat yang PhD ini ialah PhD kita dan bukan PhD penyelia kita. Jadi kitalah yang bertanggungjawab terhadap PhD kita. Penyelia kita diperlukan untuk membimbing kita melalui proses pengajian PhD. Penyelia akan memberitahu kita sama ada apa yang kita buat betul atau salah. Apa yang paling penting penyelia tahu bila kita perlu berhenti menulis tesis dan submit.

Semasa saya berjumpa dengan penyelia utama buat kali pertama, beliau telah mempunyai 8 orang pelajar PhD di bawah seliaan beliau. Sudah tentulah beliau tidak mempunyai masa yang begitu banyak untuk saya. Pada masa yang sama beliau sedang memegang jawatan pengurusan tinggi universiti. Carilah penyelia lain, katanya. Saya katatan pada beliau bahawa saya sanggup menjadi pelajar yang ke sembilan.

Sebagai seorang penyelia yang profesional, beliau telah memberikan masa yang cukup kepada pelajar-pelajar beliau di sebalik kesibukan beliau sebagai pihak pengurusan tertinggi universiti. Pertemuan boleh disusun mengikut kelapangan waktu beliau: selepas subuh, selepas isyak mahupun sebelum pukul 8 pagi. Hinggalah suatu hari dia sebut perkataan 'OK boleh submit'.

Jadi para pelajar jangan mempertikaikan apakah yang diberi ataupun diperuntukkan oleh seorang penyelia untuknya. Sebaliknya seorang pelajar perlu bertanya, apakah yang saya perlu lakukan untuk pengajian saya.

Nota:

Para pelajar PhD tidak terikat untuk bersetuju dengan pendapat saya. Fikir-fikirkanlah.
Like · Comment · 

No comments: