Masam manis perjalanan PhD (29) - PhD dan Haji

Apa kena mengenanya PhD dengan haji. Ia ada kena mengena dalam hidup saya.

Pada penghujung pengajian, penyelia utama menyatakan hasrat untuk berhijrah ke Madinah. Beliau mahu kami menamatkan pengajian segera. Saya, Shatari, PM Arun dan Radziah perlu melipatgandakan kelajuan kami selari dengan perpindahan penyelia yang kami sayangi ke Madinah.

Sebelum meninggalkan kami pada pertengahan 2011, beliau berpesan: saya akan tetap menyelia you semua dari Madinah. Saya akan mendoakan semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Kalau mengerjakan haji atau umrah, jemputlah ke rumah saya, saya akan menunggu. InsyaAllah Prof sekiranya saya mendapat jemputan Allah, jawab saya.

Dengan izin Allah, saya, PM Arun dan Radziah berjaya mempertahankan tesis dalam Viva pada tarikh yang hampir sama dan berkonvokesyen sama-sama.

***************

Saya dan isteri telah mendaftar haji sekitar tahun 2001 atau 2002. Kami tidak tahu tahun bilakah kami akan dijemput menjadi tetamu Allah. Pada tahun 2011 dan 2012 kami membuat rayuan di Tabung Haji. Jawapannya standard, sekiranya tidak mendapat tawaran menjelang penghujung Ramadhan, bererti permohonan tidak berjaya. Saya tidak merayu pada tahun 2013 kerana anak-anak menghadapi PMR dan UPSR.

Pada tahun 2014, saya dan isteri telah mendapat tawaran menunaikan fardu haji.

Tak berapa lama sebelum berangkat, saya mendapat tahu bahawa Radziah dan PM Arun juga telah mendapat tawaran menunaikan fardu haji. What a coincidence. Kami tidak pernah merancang atau berpakat untuk menunaikan haji bersama-sama.

Ini adalah ketentuan Allah. Kami telah dijemput sebagai tetamu Allah pada tahun yang sama dan ditempatkan di Hotel yang sama. Lebih saya tidak sangka ialah pemerksa dalaman PhD saya turut menjadi tetamu Allah dan ditempatkan di hotel yang sama.


Apakah hikmahnya saya tidak dijemput menjadi tetamu Allah semasa penyelia utama saya masih berada di Madinah selama tiga tahun. Sebaliknya saya dijemput beberapa bulan selepas beliau kembali ke Malaysia dan mengerjakan haji bersama rakan sepengajian dan pemeriksa dalaman pula. Wallahu a'lam.

Comments

Unknown said…
Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang bapak tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:0852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya KLIK-> BOCORAN TOTO 2D 3D 4D 5D 6D

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?