Masam manis perjalanan PhD (27) - Sabar dan positif

Pengalaman menjadi pensyarah selama 10 tahun dan tidak bercita-cita melanjutkan pelajaran selepas ada master, menjadikan kehidupan saya berada dalam zon selesa. Mengajar 16 jam seminggu, buat penyelidikan sikit, buat kerja dakwah sikit, terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan sikit. Hujung minggu kalau free balik kampung ziarah ibu dan ibu mertua.

Tiba-tiaba saya ingin kembali belajar, kembali bergelumang dengan buku, jurnal, laptop, akan diselia dan dinilai setiap semester, kena tulis dan bentang progress report, kena ulang-alik jarak jauh, kena turun padang collect data, kena belajar semula statistik dan ekonometrik, SPSS, berjumpa dengan orang itu dan ini untuk belajar dan lain-lain lagi. Sekiranya tidak sabar dan positif, mampukah saya berhadapan dengan semua ini. Saya tiada pilihan, saya kena ada sifat dan sikap sabar dan positif.

Sabar itu mudah disebut tetapi sukar dipraktik. Begitu juga halnya dengan positif.

Penyelia saya pernah mengatakan bahawa pelajar PhD kebanyakannya kurang atau tidak sabar. Menurut beliau, pelajar PhD mahu segera mengutip data, memproses dan dan mengetahui hasil dengan segera. Mungkin juga. Saya hanya tersenyum pahit mendengarnya.

Dalam senang kita kena bersabar, apatahlagi dalam keadaan susah.

Banyak juga peristiwa yang menuntut kesabaran yang tinggi semasa pengajian dulu. Sebahagiannya saya ceritakan kepada penyelia, sebahagiannya kepada isteri saya dan sebahagian lagi saya simpan untuk diri sendiri.

Satu kisah yang ingin saya kongsikan.

Untuk mengisi gap di dalam pengajian, saya telah mempertimbangkan untuk memasukkan elemen Balanced Scorecard di dalam value relevance study.Jadi, langkah pertama yang perlu saya buat ialah mengenalpasti mana satukah syarikat-syarikat yang mengamalkan balanced scorecard atau sekurang-kurangnya syarikat yang mengamalkan good practice. Melalui senarai pakar yang saya perolehi, saya mengenalpasti seorang profesor yang saya fikir tahu dan boleh membantu saya mendapatkan nama-nama syarikat tersebut. Dengan harapan yang tinggi saya telah menemui profesor tersebut. Namun profesor tersebut tidak mahu memberikan senarai tersebut. Beliau hanya menyatakan senarai tersebut tidak lagi bersama beliau... Jawaban ini agak mengecewakan. Sebab apa? Sebabnya ialah saya sangat-sangat memerlukan senarai itu. Saya perlu sabar dan positif. Mungkin ada cara lain yang boleh saya gunakan selain dari senarai nama syarikat tersebut. Akhirnya, melalui pembacaan dan pemikiran yang kritis, Allah telah mengilhamkan kepada saya satu kaedah sehinggalah saya tidak lagi memerlukan senarai syarikat tersebut. Alhamdulillah.

Sabarlah, positiflah dalam menghadapi ujian wahai pelajar-pelajar PhD.

Nota: Dua tahun selepas saya menamatkan pengajian, barulah saya mendapat senarai syarikat tersebut yang baru dimuatnaik ke internet. IsyaAllah, senarai nama ini masih ada gunanya. Sesiapa yang memerlukannya boleh mendapatkannya dari saya secara percuma.
Like · Comment · 

Comments

Popular posts from this blog

Ma ta'buduna min ba'di - Apa yang kamu sembah sepeninggalanku?

Masam manis perjalanan PhD - Cabaran luaran dan dalaman

Sifir ayah