Masam manis perjalanan PhD (26) - Pesanan

Semalam dua orang rakan sekerja yang akan bercuti untuk menyambung pengajian datang menziarahi saya di pejabat. Mereka datang untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan dan memohon supaya didoakan supaya Allah mempermudahkan urusan PhD mereka.

Saya tidak membekalkan apa-apa kepada mereka berdua melainkan beberapa pesanan. Pertamanya, jagalah hubungan yang baik dengan Allah SWT. Bergantunglah sepenuhnya kepada Allah. Di saat tiada lagi sesiapa yang mampu menolong, hanya Allahlah tempat memohon pertolongan.

Kedua, jagalah hubungan yang baik dengan manusia terutamanya pasangan dan keluarga kita. Di saat tiada siapa lagi yang sudi mendengar keluhan kita merekalah orang yang terakhir yang mungkin boleh memberikan simpati atau memberikan telinga untuk mendengar.

Ketiga, dugaan pelajar PhD tidak sama antara satu sama lain sebagaimana juga dugaan orang yang menunaikan haji. Pendek kata ada bahagian masing-masing. Positiflah dengan apa sahaja dugaan kerana sikap positif ini menjadi sebahagian dari penyelesaian kepada masalah.

Keempat, sediakanlah setiap chapter yang kita inginkan walaupun chapter-chapter ini belum mempunyai isi. 

Semoga Allah mempermudahkan urusan PhD mereka. Amiin.

Nota: Terima kasih atas hadiah yang diberikan.

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?