1 Ogos adalah 11


1 Ogos 2008 - Genaplah umur saya 11 tahun bersama UiTM Johor. Banyak pengalaman manis dan pahit dalam tempoh tersebut [kebanyakannya manis]. Semasa pertama kali masuk ke bilik rehat pensyarah, saya disapa oleh Puan Zaiton Endot [kini di Shah Alam], "student mana boleh masuk bilik rehat pensyarah!". Saya hanya tersenyum. Mungkin saya kelihatan muda masa tu.


Semester pertama, En. Razak Dahlan [KP DIA yang terlalu baik hati] suruh saya pilih subjek yang saya nak ajar [dalam senarai ada 4 subjek]. Saya pun pilih ACC161 dan ACC211 - kini kedua-dua subjek telah dilupuskan. Minggu pertama mengajar ACC211, seorang pelajar angkat tangan seraya berkata, "Encik, saya tak faham langsung apa yang Encik ajar,". Kemudian semua pelajar lain pun menyokong pelajar ini. Saya cuba 'cool'kan diri dan bertanya kembali, " sebenarnya bahagian mana yang kamu semua tak faham?" Rupa-rupanya mereka cuma rasa tak faham walaupun sebenarnya faham - sekadar menduga kesabaran pensyarah baru.


Selepas dari semester pertama, semuanya berjalan lancar. Saya dapat KP-KP yang baik-baik belaka. Setiap kali nak mula semester baru, pasti KP-KP akan tawarkan subjek-subjek yang manarik untuk saya ajar. Mungkin ini dinamakan rezeki. Ada sekali saya ditawarkan satu subjek yang dah tak ada orang nak - PSA 470 [kini PSA 420]. Rupa-rupanya subjek ini adalah subjek yang paling menyeronokkan.


Pada pertengan tahun ke-9, saya telah ditawarkan untuk menjadi KPBACC untuk tempoh dua tahun. Saya cuba untuk menolak. Namun tidak berdaya kerana hanya nama saya yang dihantar ke Shah Alam. Pada pertengahan tahun ke-10, saya menamatkan lebih awal 'term' saya sebagai KP untuk meneruskan pengajian.

Comments

Anonymous said…
En. Halim,

Saya juga pernah dikejar Pak Guard di UiTM Perlis kerana membawa kereta dalam kampus (mereka sangkakan student). Malah, pernah dihalau keluar oleh Lab assistant kerana berada di bilik komputer pensyarah. Maklumlah, menjadi pensyarah dalam usia 24 tahun, banyak dugaannya. Paling tak sangka, salah seorang anak murid saya adalah teman sepermainan ketika di sekolah rendah.
Syah said…
This comment has been removed by the author.
Syah said…
Salam.

En Halim pun KP yang baik-baik belaka!

Tahiah atas buku terbitan baru..
Dr. Intan,
Memang seronok bila mengenang manis dan pahit kisah lama. Dan kisah-kisah ini mungkin diulangi oleh orang lain.

Syahrul,
Sukar untuk menjadi KP yang baik yang boleh diterima oleh semua rakan-rakan. Kalau tak percaya tanya Dr. Intan.
Syah said…
Sebab tu lah saya tak boleh jadi KP...hehe
syahrul,
Balik PhD nanti siaplah. Jawatan KP dah menunggu.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?