Ramadhan datang lagi

Ramadhan datang lagi. Marhaban ya ramadhan [selamat datang wahai ramadhan]. Ramadhan datang sebagai madrasah, untuk mendidik umat menjadi insan bertaqwa.
Di siangnya Allah sediakan satu medan untuk merasai kelaparan dan kepedihan orang yang lapar [miskin], pada malamnya disediakan medan untuk beribadah, syaitan pula diikat supaya tidak menggoda. Salah satu dari malamnya lebih baik dari seribu bulan.
Ramadhan, diawalnya rahmat, di tengahnya keampunan dan di akhirnya kebebasan dari api neraka. "Barangsiapa berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran dari Allah, akan diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu," maksud hadith.
Semoga ramadhan kali ini mampu mendidik kita untuk kesekian kalinya menjadi insan bertaqwa.
Marhaban ya ramadhan.

Comments

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan untuk Encik Halim dan keluarga..moga-moga bulan mulia dan penuh barkah ini, kita dapat menyempunkan ibadah dengan sebaik-baiknya..insyaAllah..
Waalaikumussalam.

Kami sekeluarga juga mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak untuk Huda dan keluarga. Mudah-mudahan kita memperolehi apa yang dijanjikan oleh Allah.
Syah said…
Selamat berpuasa En Halim dari kami sekeluarga.
payat inc said…
bertambah lagi setahun nikmat hidup daripada ramdahan lepas, dan mungkin berkurang lagi setahun untuk ramadhan yang seterusnya...
Anonymous said…
Assalamualikum..
Selamt menunaikan ibadah puasa kepada en.halim n family..encik kami rindu nak belajar dengan encik lagi..doakn kami success semester ni ye..-farahana
Assalamualaikum.

Syah,
Selamat berpuasa juga dari kami sekeluarga.

Fazli,
Banyak-banyakkan solat terawih dan baca Qur'an di bulan ramadhan.

Farahana,
Selamat menunaikan puasa ramadhan dari kami sekeluarga untuk Farahana dan rakan-rakan. Semoga Farahana 'maintain' CGPA 3.50 semester ni. Kalau ada masa datang-datanglah ke blog saya.
Anonymous said…
Bulan Ramadan, bulan menguji kesabaran. Selamat berpuasa!
Selamat berpuasa dan selamat datang saudara Puterabumi.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?