Dua minggu sudah berlalu

Ramadhan sudah sampai di pertengahannya. Orang bujang biasanya tidak bermasalah sangat tentang berbuka dan sahur. Beli dan bawa balik atau makan di kedai saja. Kalau rajin masak dan makan di rumah. Realiti orang berumahtangga agak berbeza, lebih-lebih lagi bila dah ada anak. Dalam bulan puasa ni, biasanya anak-anak akan menampakkan sifat-sifat yang tersembunyi untuk menguji kesabaran ibubapa terutama sekali ibu.

Anak ketiga [2 tahun +] yang dah petah bercakap selalu mengaku berpuasa walaupun ke hulu ke hilir dengan makanan. Bila berbuka, dialah yang lebih. Sebelum orang lain berbuka, dia dah berbuka dulu. Kadangkala bersahur pun dia 'join' sekali walaupun lepas tu bersarapan pagi.

Anak kedua [7 tahun] yang baru pertama kali berpuasa kadangkala merengek-rengek waktu bersahur kerana tak boleh buka mata. Kadangkala merengek haus di waktu petang terutamanya bila hari tak sekolah. Kadangkala agak cerewet tentang lauk dan juadah untuk berbuka atau sahur. Namun alhamdulillah, masuk hari ini dia hanya berbuka dua kali.

Anak pertama [10 tahun] kini dah kali keempat berpuasa. Nampaknya dia dah dapat membiasakan dirinya berpuasa seperti orang dewasa. Tidak ada rengekan, tidak banyak kerenah dan makan apa sahaja yang disediakan untuk berbuka dan bersahur. Namun kadangkala saya tanya juga apa yang dia nak untuk berbuka.

Di samping sibuk tentang berbuka dan bersahur, marilah kita perhatikan apakah yang Allah janjikan untuk kita pada bulan yang mulia ini. Hadith berikut mungkin boleh dijadikan sebagai motivasi untuk menghadapi baki hari yang tinggal.

وهو شهر أوله رحمة واوسطه مغفرة وآخره عتق من النار

yang bermaksud, dan dia adalah bulan yang di awalnya rahmah, di tengahnya keampunan dan di akhirnya kebebasan dari api neraka.

Marilah kita sama-sama istiqamah walaupun dengan sedikit amalan di malam hari. Marilah kita merpersiapkan diri sejak awal ramadhan lagi untuk menyambut malam seribu bulan.

Comments

Alhamdulillah..dah 2 minggu kita berpuasa terasa sekejap sangat masa berlalu...dan bermakna 2 minggu lagi Ramadhan akan ditinggalkan,bahang Aidilfitri mula terasa..terasa berat di hati nak tinggalkan Ramadhan...mudah2han kita akan bertemu ramadhan lagi tahun hadapan insyaAllah...

Encik Halim..sampaikan salam saya dari jauh untuk Kak Ita...:)
Betul tu Huda. Tinggal dua minggu lagi kita akan tinggalkan ramadhan. Nabi pernah bersabda yang lebih kurang maksudnya, kalaulah umatku tahu akan kelebihan ramadhan, nescaya mereka akan mengharap supaya sepanjang tahun adalah ramadhan.

InsyaAllah saya akan sampaikan salam Huda.
Anonymous said…
Salam, bila bercerita tentang anak2 ni, saya nak kongsi kisah anak saya hari ini. Anak ketiga,perempuan berusia 7 tahun , setelah 15 hari berpuasa,dia merenggek meminta cuti berpuasa hari ini. Katanya dia dah kurus dan ingin berehat 1 hari. Saya benarkan kerana kesihan melihat dia yang nampak letih x bermaya dan lebih lagi memandangkan badannya yang x montel lagi. x sampai hati saya nak menyuruh dia berpuasa.Dalam fikiran saya, bagaimanalah nak melatih anak berpuasa, jika hati lebih mudah kesian melihat dia berlapar dan letih begini. Terlintas juga difikiran jika terusan berlapar kemungkinan dia akan menghidap penyakit gastrik di usia muda.Namun saya cuba berfikiran positif, menguatkan hati, disamping itu tabah melayani kerenahnya setiap hari. Sepanjang bulan puasa ini tumpuan sepenuhnya diberikan kepadanya, menyebabkan 2 orang kakaknya irihati.
Salam Anon.
Anak-anak ini masih di tahap belajar berpuasa. Kita sebagai ibubapa tentunya bertindak betul samada menyuruh berpuasa atau membenarkan berbuka. WaLlahu a'lam.
zali said…
SYUKUR ALHAMDULILLAH. INI ADALAH TAHUN KEDUA SAYA BERAYA TANPA AYAH TERCINTA YG. TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH PADA 6HB. SEPT. 2007.NAMUN BEGITU TERASA JUA KENIKMATAN MENYAMBUT RAYA PADA TAHUN INI KERANA TAK DI SANGKA-SANGKA PADA TAHUN INI ANAK SULUNG SAYA YG. BERUSIA 8 TAHUN BERPUASA PENUH TANPA DI SURUH ATAU DI PAKSA.MALAHAN BELIAU MENGAJAK SAYA DAN UMMINYA BERPUASA 6 PULA. DOA SAYA SEMOGA BELIAU BERKEKALAN BERPUASA PADA SETIAP RAMADAN SEPANJANG HAYAT BELIAU.KEPADA EN.HALIM SEKELUARGA SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATHIN.
Salam Abang Zali.

Sebagai ketua keluarga, sememangnya kita berdoa dan mengharap perkara yang baik-baik untuk isteri dan anak-anak kita. Anak-anak yang mula berpuasa dan bersolat merupakan hadiah yang tidak ternilai untuk kita.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?