Yang mana satu idaman kalbu?








Yang mana satu idaman kalbu?
Entri kali ini tak ada kena mengena dengan lagu yang mana satu pilihan kalbu dendangan P. Ramlee. Sebaliknya ia berkaitan dengan ramadhan yang kita sedang sama-sama lalui. Mulai malam esok kita akan berada dalam sepuluh malam terakhir yang dijanjikan oleh Allah dengan kebebasan dari api neraka. Malam esok juga bermulalah episod pencarian malam qadar yang lebih baik dari seribu bulan.
Di satu sudut yang lain, 1 syawal semakin dekat. Persediaan untuk menyambut syawal perlu sebagai melahirkan rasa kesyukuran dan tanda kegembiraan kejayaan menempuh ramadhan. Kuih-muih, pakaian baru, langsir baru dan perabut baru.
Jadi, yang mana satu pilihan kalbu? Dengan apa kita nak isikan sepuluh malam terakhir kita? Pilihan di tangan kita.

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?