6-8-2008. "Salam En. Zul, buku saya dah siap dicetak ke belum?" Sms saya pada En. Zulkifli, Koordinator Sains Kemasyarakatan UPENA. "Dah siap dan dah boleh ambil salinan penulis, " bunyi smsnya. Petang itu juga saya ke pejabat pentadbiran UPENA untuk mengambil buku salinan penulis. Saya belek depan dan belakang buku tersebut untuk melihat kualiti penerbitannya. Ternyata kerja-kerja penerbitan kakitangan UPENA kini semakin berkualiti. Alhamdulillah. Akhirnya penantian selama 2 tahun 7 bulan untuk melihat buku ini diterbitkan berakhir. Kenapa sampai 2 tahun 7 bulan? Inilah yang dikatakan ketentuan Allah S.W.T. InsyaAllah buku ini boleh dimanfaatkan terutamanya oleh pelajar-pelajar DIA semester 5 kerana isi kandungannya selaras dengan kandungan silibus Financial Accounting 5 [FAR 300].
Comments
Encik Halim..
Saya tercari2 juga mcm mana nak menyumbang utk sahabat-sahabat di Palestin..alhamdulillah dpt info ini drpd encik halim..terima kasih Encik Halim atas pemberitahuan ini..semoga bantuan ini dapat meringankan beban sahabat-sahabat di sana..
Semoga Allah sentiasa bersama-sama mereka...
Jemputlah menyumbang. Tolong war-warkan kepada rakan-rakan.
Selalu jadi silent follower je, hari ni baru dapat tinggalkn msg.. ^_^
salam ziarah..
Terima kasih kerana berkunjung dan tinggalkan pesanan.
dah lama tak melawat blog en halim..terima kasih en halim sebab bagi info ni. masih tercari2 sumber yang sesuai untuk menyalurkan bantuan...walaupun tak dapat p ke palestin..masih dapat berjihad disini..insyaallah..
Terima kasih kerana berkunjung ke sini. Selamat berjuang mengikut kemampuan.