Gotong royong, Gunung Ledang, Kari ayam

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Semalam, 15.2.2009, kami sekeluarga terlibat dengan program gotong-royong yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kariah Taman Dedap, Jementah. Program ini di adakan dengan tujuan utama untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli kariah selain dari membersihkan kawasan sekitar taman. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Ia dihadiri oleh lebih kurang 60 orang ahli kariah termasuk kanak-kanak. Sumbangan tenaga oleh setiap orang walaupun sedikit telah berjaya menceriakan suasana taman kami walaupun mungkin hanya boleh bertahan selama seminggu. Sudah ada cadangan untuk mengadakan program ini secara berkala. Alhamdulillah program pertama ini berjaya.

Selesai program gotong-royong, saya mengajak anak dan isteri untuk mandi di Gunung Ledang bagi meredakan kepanasan bergotong-royong. Kenapa Gunung Ledang? Ia terletak hanya 18 km sahaja dari rumah kami. Lebih kurang 20 minit memandu, kami sampai di kaki Gunung Ledang. Anak-anak begitu seronok mandi walaupun hanya di kaki gunung. Airnya yang sejuk telah berjaya menyejukkan badan kami. Sudah puas mandi, kami membelok ke Tangkak pula untuk menikmati makan tengahari di Perhentian Bas Tangkak. Saya dan abang memilih untuk berlaukkan ayam masak kari, umi memilih ayam masak lemak dan kakak pula seperti biasa ayam goreng.

Comments

wan sgmt said…
salam, ape khabar bang.. lama tak dgr khabar ye..

gotong royong? yg sy tau kat area taman pelangi kot.. kat balai raya ada program . abg ada pegi ker?

G ledang? wah saya plan nak g ahad nih.. ngan kawan2.. harap semakin menarik g.ledang skang..
Salam Wanz...

Khabar baik. Gotong-royong tu kat Taman Dedap, mungkin di Taman Pelangi pun ada juga.

Gunung Ledang macam biasa je, kadangkala paras air naik kadangkala turun. Yang penting ianya dekat dengan rumah dan anak-anak suka.
wan sgmt said…
hehe.. tu lah.. kalau di bangunkan g.ledang tu mesti lagi best..

minggu lepas sy ke kolam air panas labis.. best jugak.. tp takleh lama2 pening kepala dibuatnya... elok kalo badan sakit2..

bleh la bawak anak2 g sana .. =)
Unknown said…
salam en halim....
apa khabar? saya ex student encik tahun 98-00, PSA.
selamat maju jaya
Salam Mohd Harris...

Khabar baik. Terima kasih kerana berkunjung ke sini.

1998...dah lebih sepuluh tahun tu, satu batch dengan Fatimah Alwi ke? atau Muhammad Al-amin...Tentu sekarang dah berjaya dan ada isteri dan anak.

Kalau ada gambar bolehla emelkan ke mhalim@johor.uitm.edu.my
Anonymous said…
SALAM...CIK HALIM DAN KELUARGA SIHAT?KITE DAH NAK HABIS PRAKTIKAL..INSYA'ALLAH MINGGU DEPAN...-NOR SHAFIAH SA'ABAN-
Waalaikumussalam Shafiah...
Alhamdulillah kami sekeluarga sihat. Harap Shafiah juga sihat. Alhamdulillah cabaran praktikal dah selesai, cabaran dunia yang sebenar pula sedang menunggu Shafiah. Semoga Shafiah menggunakan ilmu yang diperolehi untuk kejayaan masa depan. Kini dah sampai giliran Shafiah untuk berbakti terutama pada keluarga. Kalau berkesempatan singgahlah rumah.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?