Seminggu sudah berlalu

Hari ini genaplah seminggu kita menjalani kuliah Ramadhan. Bagaimana kuliah minggu pertama Madrasah Ramadhan? Inilah soalan cepu emas untuk diri sendiri. Macam mana terawih sekurang-kurangnya lapan rakaat? Macam mana tahajud sekurang-kurangnya dua rakaat? Dan berapa juzuk al-qur'an dibaca? Dah tutup aurat? Dah kurangkan bercakap yang lagha? Hai banyaknya soalan. Malam pertama bawa anak solat terawih di Masjid. Selepas empat rakaat, anak menepuk bahu: ayah! terawih tinggal 4 rakaat kan, lepas tu sambung witir tiga rakaat kan. Saya tidak marah. Ini satu pendidikan. Target saya tahun ni nak suruh anak terawih sekerap dan sebanyak mungkin di samping puasa penuh. Kalau dipaksa mungkin jadi tak nak buat terus. Pada usia lapan tahun, yang penting ialah solat fardu tak tinggal. Bila dah ada anak-anak yang sedang membesar, ramadhan dirasakan agak mencabar. Alhamdulillah, tahun ini anak-anak mudah dikejutkan untuk bersahur. Sekali dua dipanggil, bangkitlah mereka. Namun begitu, bila menjelan...