Rukyah, hisab dan awal Ramadhan

Semalam anak bulan tidak kelihatan. Jadi awal puasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia pada tahun ini telah ditetapkan pada hari Sabtu 22 Ogos 2009.
Melihat anak bulan dipanggil rukyah, manakala mengira kedatangan awal bulan Islam dipanggil hisab. Di negara kita, permulaan awal bulan Islam dikira sebelum takwim dikeluarkan lagi. Pengiraan dibuat oleh pakar-pakar yang dipanggil ahli falak. Walaupun permulaan awal bulan Islam telah dikira dari awal lagi, rukyah akan tetap dilakukan sebagai langkah berhati-hati (cermat) bagi menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah. Kenapa begitu? Kerana terdapat ibadah-ibadah yang besar yang memerlukan ketepatan hari dalam bulan-bulan tersebut. Pertama, ibadah puasa hanya difardhukan di bulan Ramadhan, kedua zakat fitrah diwajibkan pada akhir Ramadhan hingga sebelum solat aidilfitri, ketiga, wukuf di 'Arafah ditetapkan pada 9 Zulhijjah manakala ibadah korban ditetapkan pada 10-13 Zulhijjah.
Kini, awal Ramadhan telah ditetapkan. Apa yang perlu kita cari? Bulan Ramadhan umpama sebuah madrasah. Sesiapa yang memasuki madrasah tersebut dengan penuh keinsafan, Allah telah janjikan dengan ganjaran yang besar yang tidak mampu dijanjikan oleh selainNya. Pada awal Ramadhan Allah janjikan dengan rahmat, pada pertengahannya keampunan dan pada akhirnya pelepasan dari api neraka.
Nak buat apa di bulan Ramadhan? Sekurang-kurangnya tambah solat kita dengan solat terawih 8 rakaat dan witir 1 atau 3 rakaat. Cuba mula juzuk 1 pada malam pertama Ramadhan dan cuba tamatkan juzuk 30 pada akhir Ramadhan. Kurangkan bercakap perkara yang lagha dan tutuplah aurat dengan sempurna. Ya Allah, ini sebenarnya adalah nasihat untuk diri sendiri.
Kepada para pengunjung blog ini, saya memohon kemaafan atas kesalahan dan kesilapan saya sama ada sengaja atau tidak. Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak.
Wassalam.
Comments
Ustaz Halim,
Sampai ke blog ini melalui blog Prof. Mohd Kamil. Tulisan Ustaz amat menusuk hati. Benar terasa keikhlasannya. Teruskan menulis secara begini Ustaz Halim.
Selamat Menyambut Ramadhan dari Aliff.
Terima kasih berkunjung ke blog saya. Salam Ramadhan al-mubarak juga untuk Aliff.
Terima kasih kerana berkunjung. Terima kasih juga atas do'a. Selamat menjalani ibadah puasa.
memang benarlah di malaysia ni untuk menetapkan bulan puasa atau raya, menengok anak bulan adalah satu kemestian. tapi yang peliknya,saya ni dah lama hidup didunia ni, hanya beberapa kali je Pemegang Mohor Raja Raja mengumumkan bahawa anak bulah telah kelihatan......esok kita menyambut puasa atau raya. berpuluh lagi tu, tak taulah. Dah nak wat camne kan, dah keje mereka.
Sya baru je belajar wat blog. kalau sudi layarilah blog saya zali7777.blogspot.com Org. baru belajar. kalau ada kurang tolong tunjukkan.
Memangla seingat saya sejak saya kecik sekali dua aja nampak anak bulan. Tapi nak buat macam mana kan, kita ni bukan ahli dalam bidang tu. Namun saya percaya untuk dikira anak bulan tu nampak mesti ada syarat-syarat dan perkiraan-perkiraan tertentu contohnya berapa darjah jarak antara bulan dengan matahari... WaLlahu a'lam.
Saya dah tengok blog Abang Zali. Cukup berinformasi. Teruskan berblog.