Penawar hati


40 Hadith Penawar Hati dan 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman merupakan dua kitab yang disusun oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam, Mudir Ma'ahad Tarbiah Islamiah, Derang, Kedah. Kami telah memiliki kedua-duanya sejak tahun 2001 lagi. Buku itu kami gunakan sebagai rujukan peribadi dan kadang-kadang saya jadikan sebagai bahan untuk tazkirah lima minit di kelas.

Dengan kehendak Allah, pagi ini Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam telah datang ke UiTM untuk menyampaikan kuliahnya bertajuk Penawar Hati. Beliau telah menggunakan kitab susunan beliau tersebut sebagai bahan kuliahnya. Saya melihat beliau sebagai seorang yang mempunyai ilmu yang tinngi dan mampu menghuraikan 30 dari 42 hadith yang terdapat di dalam kitab susunannya tersebut dalam masa lebih kurang 4 jam.

Intisari pengisian kuliahnya banyak menyentuh tentang hati. Ia dimulakan dengan sebuah hadith yang menyentuh tentang empat persoalan. Seseorang anak Adam itu tidak akan berganjak pada hari Qiamat nanti sehingga ditanya akan empat soalan: (1) untuk apa dihabiskan umurnya; (2) ke manakah digunakan ilmunya; (3) dari mana ia dapat harta dan; (4) ke mana harta tersebut dibelanjakan.
Penyampaian kuliah beliau diselang-selikan dengan kisah-kisah tauladan yang ada kalanya membuat hati sebak dan menitiskan air mata. Adakalanya terasa sedikit gelihati apabila kisah-kisah yang disampaikan mengena batang hidung sendiri. SubhanaLlah, penyampaiannya begitu menyentuh hati.

Tentunya program sebegini, dinantikan oleh sebahagian masyarakat kampus yang dahagakan motivasi hati untuk meneruskan kehidupan sebagai pendidik merangkap murabbi, pentadbir merangkap murabbi dan penuntut yang berjaya dunia dan akhirat.

Comments

Balkish said…
as salam...
best blog ni ternyata keikhlasannya..
Salam..

Teringat saya tazkirah di awal kelas sebelum mulakan pembelajaran. Rindu! Best kalo kat ofc pun ade bt mcmtu since smua melayu..tp apekan daya bkn co.sendiri.. :)
Balkish, Keikhlasan itu hanya dapat dinilai oleh Allah.
Shaiifa Ema,
Kita selalu terkenang kepada benda yang telah hilang. Namun ianya tak akan kembali. Apa yang Ema boleh buat untuk permulaan ialah kumpulkan dua tiga orang rakan ketika staf lelaki pergi solat Jumaat. Bacalah sepotong ayat al-Qur'an atau hadis berserta terjemahannya. Selamat mencuba.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?