Peniaga dan Perdaya

Peniaga yang amanah sebaris dengan Nabi dan para syuhada', begitulah maksud sebuah hadis Nabi SAW. Begitulah tingginya kedudukan mereka di sisi Allah sekiranya mereka berniaga dengan amanah. Kita dapati ramai peniaga yang tidak menghayati konsep beramanah dalam berniaga. Saya kemukakan beberapa contoh.

Hari ini sebuah sms masuk: Tahniah, sim card anda berjaya memenangi cabutan bertuah RM15,000.00 dari syarikat minyak ..., sila hubungi office....

Minggu lepas satu panggilan dari sebuah syarikat telekomunikasi masuk: Encik terpilih untuk ditawarkan talian internet yang lebih laju dari yang sekarang pada kadar ...., semua panggilan yang encik buat pada talian yang sama tidak akan dikenakan apa-apa bil walau berapa lama encik bercakap, semuanya masuk dalam kadar internet yang ditawarkan...

Bulan lepas juga ada satu panggilan: Encik pengguna talian sekian-sekian kan, encik ditawarkan skim insuran percuma bernilai sekian-sekian. Kami cadangkan encik ambil skim kedua yang lebih besar nilainya, tapi dikenakan sedikit bayaran bulanan sebanyak sekian-sekian...

Banyak lagi panggilan dan mesej yang seperti di atas. Saya rasa bukan saya seorang saja yang menerima panggilan dan sms seperti ini.

Saya tidak membeli minyak di syarikat minyak yang disebutkan dalam sms, bagaimana sim card saya boleh masuk dan memenangi cabutan bertuah. Mungkin ini satu helah untuk saya menghubungi dan menawarkan skim atau produk tertentu... saya fikir.

Berkaitan talian internet, dulu saya pernah terpedaya dengan bil tetap bulanan sebuah syarikat telekomunikasi, katanya setiap panggilan ke talian yang sama termasuk dalam kadar yang ditawarkan. Hakikatnya, kadar yang ditawarkan dikira sebagai sewa bulanan manakala setiap panggilan dikenakan caj.

Hmm, peniaga dijanjikan dengan 9/10 dari rezeki. Kalaulah peniaga-peniaga yang terlibat menghayati konsep amanah dalam perniagaan, mungkin perkara-perkara seumpama ini tidak atau jarang berlaku. Carilah rezeki yang berkat.

Comments

mohamad kholid said…
Sdr, penipu zaman sekarang bukan seperti dahulu, minta seringgit dua tetapi dengan cara yang terhormat dan tanpa rasa bersalah pun... seperti syarikat yang menawarkan pakej percutian dengan yuran bulanan dan sebagainya...
Adliff said…
Ustaz Halim,

Kalau yang menipu itu Islam, betapa ruginya mereka kerana Al-Quran telah jelas menerangkan hukum hakamnya.

Kalau yang menipu itu bukan Islam, kapitalisme adalah gaya hidup abad 21 :)
Salam Sdr. Kholid dan Aliff, kita ada Nabi dan para sahabat sebagai contoh peniaga yang jujur.
Anonymous said…
as salam tuan...jgn percaya la semua tu...

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?