Universiti Terbuka Ramadhan

Tempoh pengajiannya tidak lama. Hanya sebulan. Silibusnya pula telah disusun oleh Allah SWT sendiri. Subjek terasnya ialah Puasa, subjek yang digalakkan diambil ialah Terawih dan Tadarus, manakala subjek pilihan adalah Qiamullail, sedekah dan lain-lain.
Pada penghujung pengajian, segulung ijazah Taqwa akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya.
Kepada semua yang layak, marilah kita sama-sama memasuki universiti Ramadhan dengan penuh rasa keimanan dan mengharapkan balasan dari Allah SWT. Maksud hadis: barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan balasan dari Allah, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
Comments
Selamat Berpuasa dan menjalani ibadah puasa buat encik halim sekeluarga.
Moga kita sama-sama dipermudahkan urusan dan diberi kesihatan yang baik dalam menjalani puasa. Insyallah.
Ijazah taqwa akan kita kecapi bersama..Amin.
terima kasih...
Salam Halawatul Iman, dipersilakan.
Kami merinduimu...
ana pun rindu akh halim..