Kusuf, Khusuf atau Khusyu'

"Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan oleh kematian seseorang atau dihidupkan seseorang, tetapi kedua-duanya adalah termasuk tanda-tanda dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah solat": maksud hadis.

Gerhana matahari sebahagian atau penuh dikenali sebagai 'kusuf' manakala gerhana bulan sebahagian atau penuh di panggil 'khusuf'. Kadangkala kedua-duanya dipanggil 'khusuf'.

Kejadian khusuf atau gerhana tidak dikaitkan dengan mati atau hidupnya seseorang. Sebaliknya ia merupakan sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah SWT.

Melihat tanda-tanda kebesaran Allah SWT ini sepatutnya menjadikan kita gentar atau 'khusyu' dengan kekuasaan Allah SWT. Allah yang menciptakan kita dan seisi alam ini. Dialah pula yang mengatur perjalanannya. Dia tidak membiarkan manusia terkapai-kapai mencari panduan hidup lalu mengutuskan pada setiap umat rasul-rasul yang menjadi penunjuk jalan. Dialah juga yang maha mengetahui bilakah alam ini akan binasa.

Lihatlah gambar di bawah, kejadian gerhana bukan fenomena alam semata-mata. Lebih besar dari itu, ia merupakan tanda-tanda kebesaran Allah untuk kita memikirkannya.




Gambar ini diambil dari angkasa.gov.my

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?