Gunung Ledang Lain

Cuti sekolah baru-baru kami tak tidak bercuti ke mana-mana. Kakak yang telah masuk asrama pun lebih suka tinggal di rumah selain menghadiri kem motivasi KAHFI 2011 selama tiga hari. Abang yang sedikit merungut kerana tiada program khas untuknya. Adik pula asyik merengek nak tengok zirafah di Zoo Melaka. Saya pula sedikit sibuk berulang-alik ke Shah Alam berurusan dengan editor bahasa.


Namun kebosanan abang dan adik agak terubat juga sebab dapat mandi-manda di Gunung Ledang yang terletak lebih-kurang 20 km dari rumah kami. Kami pergi pada awal pagi hari pertama cuti sekolah. Pagi-pagi memang tak ramai orang dan kami boleh memilih lokasi yang kami mahu. Sebelum balik abang sempat 'sound', ayah! sebelum habis cuti kita mandi lagi ya. Saya hanya tersenyum.


Sebelum cuti berakhir, kami mahu membawa anak-anak ke Kolam Air Panas di Labis. Tapi hajat tidak kesampaian sebab ia hanya mula dibuka pada pukul dua petang sedangkan waktu itu baru pukul 9 pagi. Anak-anak mula kecewa. OKlah, kita patah balik dan pergi ke air terjun Sungai Bantang di Bekok, kata saya.


Wah sejuknya air kat Gunung Ledang lain ni yah, kata adik. Mula-mula saya terkejut juga adik kata Gunung Ledang lain. Rupanya Gunung Ledang tu maknanya air terjun. Alhamdulillah, kami mandi-manda lebih kurang satu jam setengah di situ. Mungkin ada hikmah kenapa kami tak dapat mandi di Kolam Air Panas. Yang penting kami mahu mendidik anak-anak kami bahawa aurat perlu dijaga walaupun bermandi-manda di pantai, kolam ataupun air terjun.

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?