Kakak, Abang dan Adik

Alhamdulillah, Kakak sudah mula masuk tingkatan dua, Abang tahun 5 dan Adik masuk tahun kedua di TASKI. Hari ini saya memohon bekerja setengah hari. Kami pergi menghantar Kakak ke asrama di Shah Alam. Perasaan Kakak bercampur-aduk antara sedih dan teruja. Sedih kerana akan ditinggalkan di asrama, teruja kerana akan bertemu kawan-kawan baiknya. Sepanjang perjalanan 3 beradik usik mengusik, tawa dan tangis Adik silih berganti. Tidak seperti selalu, hari ini Kakak tidak menitiskan air matanya seperti selalu bila kami tinggalkannya. Namun saya tahu air matanya tentu akan menitis selepas kami meninggalkannya. Doa kami semoga Kakak mampu menjaga dirinya serta pelajarannya di sana. Ya Allah, jadikanlah Kakak seorang anak yang solehah.


Sepanjang perjalanan pulang, Abang dan Adik seperti kehilangan sesuatu. Selama sebulan Kakak-Abang-Adik tinggal bersama, bergurau dan kadang-kadang berkelahi. Hari ini mereka berpisah.


Abang akan meneruskan persekolahan esok dengan kehilangan dua orang sahabat karibnya Amar yang berpindah ke Selatan manakala Amin ke Timur. Namun Abang tetap teruja untuk memulakan hari pertama persekolahannya esok. Katanya dengan sedikit sayu, tak apa Abang masih ada kawan-kawan lain.....


Adik juga teruja untuk memulakan hari pertmanya di TASKI esok. Semuanya telah disediakannya, baju, beg sekolah, kasut. Adik rindu cikgu dan kawan-kawan....


Ya Allah jadikan aku, isteriku, anak-anakku dan orang-orang di sekelilingku sebagai orang-orang yang soleh dan solehah. Jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur.

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?