Pejam dan celik

2011 yang berlalu

Pejam-celik, pejam-celik. Tahun 2011 sudah berakhir. Masa terasa begitu pantas sekembalinya dari cuti belajar selama tiga tahun. Alhamdulillah, saya telah menamatkan pengajaran dan pembelajaran 2 kumpulan pelajar-pelajar Ijazah dalam lebih kurang 4 bulan. Mereka kini sedang berdebar-debar menunggu tarikh yang dinantikan - peperiksaan akhir. Seminggu sebelum peperiksaan merupakan 'study week' bagi pelajar. Bagi pensyarah ia minggu menghabiskan menanda kerja kursus pelajar. Mulai esok, tentu mereka dah mula berlegar-legar di hadapan pejabat untuk melihat-lihat kalau-kalau markah kerja kursus mereka telah ditampal.

2012 yang datang

Seorang bekas murid bertanya apakah perancangan 2012 saya. Saya menjawab, meneruskan perancangan 2011 yang belum selesai. Hakikatnya perancangan dan perlaksanaan bersambung-sambung tanpa ada hentinya hingga tiba saat kita dipanggil kembali oleh Allah SWT. Orang yang paling cerdik ialah orang yang merancang kematiannya. Ini kerana kehidupan pasti akan berakhir bila sampai masanya, kematian pula satu permulaan kepada satu kehidupan baru yang kekal.

Bekalan untuk 2012

Berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: carilah pada apa yang Allah kurniakan untukmu di akhirat, dan jangan pula kamu lupa nasib kamu di dunia, dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu, janganlah kamu buat kerosakan di bumi, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.

Wassalam.

Comments

Anonymous said…
Salam Dr Halim

Saya juga berazam menyambung dan meneruskan azam 2011 yang diabaikan secara sedar. Harap tahun 2012 saya akan sedar sepenuhnya. Harap saya sedar yang Allah bersama-sama saya sepanjang masa.

Noraini Ismail
Adliff said…
Assalamualaikum,

Ustad Halim,

2012 sebenarnya hanyalah perbezaan perkiraan. Bagi memudahkan penandaan masa dan waktu, pada pendapat saya. Tentang azam? Samalah kita, menyelesai apa yang ingin dilaksana dalam 2011.

Malah ada tugas dalam 2011 masih tertarik untuk dilaksana hingga 2012, semoga kita semua dipermudahkan Allah SWT untuk melaksana segala amanah.
Waalaikumussalam Puan Noraini dan Saudara Aliff. Terima kasih kerana sudi berkunjung. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?