Menguruskan perniagaan bukanlah semudah ABC atau 123. Selain daripada modal yang mencukupi, pengalaman dan pengetahuan yang luas serta minat yang mendalam, sesebuah perniagaan pelu diuruskan dengan teknik-teknik yang berkesan. Dari situ pencapaian sesebuah perniagaan bukan sahaja boleh dicapai tetapi juga boleh diukur. Di antara teknik-teknik berkesan yang pernah digunakan oleh syarikat-syarikat besar untuk mengukur prestasi sesebuah perniagaan ialah dengan menggunakan Kad Skor Berimbang yang lebih dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai Balanced Scorecard . Kad Skor Berimbang ialah satu sistem atau kaedah pengukuran pencapaian dengan melihat pencapaian sesebuah perniagaan menerusi empat dimensi. Dimensi tersebut ialah (1) dimensi kewangan ( financial ), (2) dimensi pelanggan ( customer ), (3) dimensi proses dalaman perniagaan ( internal business process ) dan (4) belajar dan berkembang ( learning and growth ). Melihat pencapaian perniagaan dari sudut kewangan dianggap seb...