Apa yang aku perolehi dari maulidurrasul

Sudah sekian lama kita menyambut maulidurrasul. Sudah sekian lama kita berarak, berselawat dan membaca berzanji. Sudah sekian lama kita makan nasi kawah sempena maulid. Apakah maulid ini memberi kesan kepada kehidupan kita?

Nabi pernah bersabda yang bermaksud: aku tinggalkan pada kamu dua urusan, kamu tak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya - alquran dan sunnahku.

Sunnah Nabi yang terbesar ialah akhlaq yang mulia. Ini terbukti dengan penjelasan Nabi dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud: sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Namun akhlak mulia ini tidak boleh terhasil sendiri. Ia adalah natijah dari didikan iman kepada Allah. Ia juga merupakan natijah dari ibadah yang benar dan berkesan. Jadi akhlak ini tidak boleh dibuat-buat atau dalam perkataan lain berpura-pura.

Berapa banyak contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW bahawa akhlak yang mulia telah menjadi jalan penyelesaian pelbagai masalah. Sekadar memberikan beberapa contoh bagaimana Nabi berhadapan dengan seorang Arab badwi yang telah bertindak kasar dengan menarik selendang Nabi sehingga leher Nabi menjadi merah. Contoh lain, di mana seorang Arab badwi yang lain kencing di Masjid baginda.

Tanpa akhlak yang mulia, manusia akan bertegang leher untuk perkara-perkara yang kadangkala hanya kecil sahaja, apatah lagi perkara-perkara yang besar.

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?