Kecil atau besar

Di dunia ini, kecil atau besar akan menjadi ukuran. Di akhirat juga begitu, kecil atau besar akan menjadi ukuran. namun nilaian kecil atau besar sesuatu perkara di dunia kadangkala tidak sama dengan nilaian kecil atau besar di akhirat.

Ada orang buat kerja yang kelihatan seperti amal akhirat. Rupanya ia hanya bernilai amalan dunia. Ada juga yang amalannya seperti amalan dunia namun ia mempunyai nilai akhirat.

Kita lihat satu contoh. Sebuah persatuan mengadakan program ceramah. Di situ akan ada yang menjadi penceramah. Pada masa yang sama ada ajk yang tugasnya menyusun meja. Dilihat pada mata kasar, penceramah agama kelihatan lebih beramal akhirat berbanding penyusun kerusi meja. Namun pandangan Allah mengambilkira keikhlasan keduanya.

Comments

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?